Sekiranya anda aktif online shopping beberapa tahun lalu, kami yakin anda cukup tahu dengan laman web Groupon yang berjaya menawarkan promosi yang pelbagai buat para pengguna.

Terbaru, setelah 10 tahun bergerak secara sendirian, nampaknya syarikat dengan penawaran kupon ini sedia untuk menjual syarikatnya kepada syarikat yang berminat untuk meneruskan operasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Rich Williams, CEO Groupon

Untuk pengetahuan anda, Groupon berjaya meletakkan syarikat mereka sebagai syarikat teknologi kedua terbesar pada tahun 2011 iaitu tiga tahun selepas dilancarkan. Google antara yang berminat untuk membeli Groupon pada tahun tersebut dengan nilai $6 bilion namun Groupon menolaknya atas alasan nilai penawaran Google terlalu rendah.

Hampir sedekad dilancarkan, Groupon kini dinilai pada harga $2.4 bilion dan sedang mencari syarikat yang berminat untuk membeli syarikat mereka. Berikut merupakan merupakan saham dan jumlah jualan tahunan syarikat Groupon sejak enam tahun terakhir ini. Screen Shot 2018-07-08 at 5.41.27 PM

Screen Shot 2018-07-08 at 5.41.33 PM

Difahamkan kegagalan Groupon berlaku disebabkan kehadiran laman web e-commerce lain yang berjaya menawarkan penawaran diskaun dan kupon yang lebih baik. Selain itu, rangkaian produk yang ditawarkan Groupon juga kurang menarik perhatian ramai berbanding laman web lain. Mampukah Groupon bangkit semula?

Sumber