Ketika ada yang ambil kesempatan, ada yang mahu beri secara percuma. Syarikat induk Louis Vuittion, LVMH Moët Hennessy mengumumkan kilang mereka yang biasanya menghasilkan minyak wangi dan barangan kosmetik akan mula menghasilkan sanitizer beralkohol bagi menangani penularan COVID-19 di Paris.

12 tan sanitizer akan dihasilkan secepat mungkin di kilang yang biasanya menghasilkan minyak wangi untuk jenama seperti Christian Dior, Guerlain dan Givenchy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa ini, sanitizer ini akan dihantar ‘tanpa bayaran’ ke 39 hospital awam di seluruh Paris. Keputusan untuk menghasilkan sanitizer ini juga dibuat oleh syarikat tersebut dengan sangat pantas, tidak sampai sehari selepas mereka membuat cadangan kepada pihak berkuasa.

Paris pada ketika ini turut dilanda kekurangan gel sanitizer dan sudah ada yang menjual semula sanitizer pada harga yang lebih tinggi.

LMMH MOET Hennessy merupakan syarikat Perancis di sebalik jenama besar antarabangsa seperti lain Fenty Beauty dan Benefit Cosmetics. Ini merupakan satu inisiatif daripada LVMH untuk mengisi kekurangan produk sedemikian di Eropah dan sedikit sebanyak memberi perlindungan kepada orang ramai daripada dijangkiti COVID-19.

Ia merupakan satu tindakan yang harus dipuji kerana LVMH perlu menghentikan seketika penghasilan beberapa jenama minyak wangi paling laris mereka untuk menghasilkan sanitizer gel ini. Mungkin ini merupakan salah satu cara mereka mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong jenama di bawah LVMH selama ini.

Tidak seperti negara lain, warga Belanda beratur panjang untuk membeli ganja berbanding makanan dan tisu selepas kerajaan kerajaan Belanda mengumumkan lockdown bagi mengelak penularan COVID-19, baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Media Perancis Puji Cara Hidup Islam, Percaya Mampu Cegah COVID-19 Daripada Merebak

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19