Nampaknya LVMH selaku syarikat induk bagi LV bakal menawarkan sesuatu yang lebih mewah buat para pengguna selain daripada koleksi pakaian dan kelengkapan. Terbaru, LVMH kini bakal tampil dengan hotel mewah yang pastinya akan menawarkan anda penginapan yang mewah dan selesa. Ini merupakan satu perkara yang baik untuk industri perhotelan.

Menurut Business of Fashion, LVMH mempunyai rancangan untuk melancarkan sebuah hotel, restoran, spa dan kedai Celine yang berpotensi di salah satu bangunan. Malah, LVMH bukan hanya mahu menjadi barangan mewah tetapi mahu pengalaman mewah boleh dirasai dan kami mahu berada dalam kedua-dua segmen tersebut menurut Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault.

LVMH-adds-to-Luxury-Hotel-Portfolio
Antara hotel yang dipilih LVMH

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini LVMH telah mengambil alih Hotel Belmond pada tahun 2018 dan akan menyertai rangkaian hotel milik LVMH Cheval Blanc dan Bulgari Hotels. Hotel yang bakal dibuka oleh LVMH dijangka akan dibuka pada 2022 dan akan tampil dengan restoran dan spa. Agaknya berapakah harga yang bakal diletakkan LVMH untuk menginap satu malam di hotel dibawah kendalian mereka