Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Syarikat induk Marlboro, Philip Morris International (PMI) semalam telah mengumumkan cadangan untuk menghentikan pengeluaran dan penjualan produk tembakau. Selain daripada Marlboro, rokok berjenama Chesterfield juga merupakan salah satu produk keluaran anak syarikat PMI juga.

Langkah ini sebenarnya telah bermula hujung tahun lepas apabila PMI secara terbuka telah menyokong kempen berhenti merokok di United Kingdom sebagai salah satu cara untuk mencapai matlamat pemberhentian penjualan rokok.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

chesterfield

Namun, usaha tersebut mendapat kecaman daripada kumpulan perubatan penyelidikan kanser UK dengan mengatakan PMI sebenarnya mempunyai motif terselindung iaitu mempromosikan produk sampingan.

Terkini PMI sedang berusaha untuk mengeluarkan produk nikotin bebas asap yang dipercayai akan mengurangkan risiko kepada perokok pasif. Setakat ini PMI telah membuat pelaburan sebanyak $4.5 billion (~RM18.4 billion) untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk terbaharu tersebut.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka