Bagi anda yang suka menonton siri ini sejak sekian lama, ada tawaran kerja menarik untuk anda. Dengan hanya duduk atau berbaring sambil menonton The Simpson, anda akan dibayar sebanyak USD $ 7000 ribu atau RM30,000 ditambah satu kotak yang penuh dengan donat setiap minggu.

Tawaran kerja ini dibuka oleh laman web kasino Britain, Platin Casino. Mereka mencari seseorang yang sanggup untuk menonton 33 musim atau 700 episod The Simpsons dan The Simpsons Movie (2007), hanya dalam masa lapan minggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain menonton, anda juga harus memperhatikan perkara penting yang ada dalam siri animasi tersebut. Tujuannya adalah untuk menganalisis dan membuktikan teori popular bahawa The Simpsons mampu meramalkan masa depan.

“Dalam industri ini, kami ingin meramalkan masa depan. Oleh itu, tawaran ini untuk membantu kami meramalkan kemungkinan,” jelas syarikat itu, seperti dilaporkan oleh Screen Rant. Syarat lain yang diberikan oleh Platin Casino ialah anda mesti fasih berbahasa Inggeris, mempunyai komputer, dan berumur lebih dari 18 tahun.

Persis baju siri The Simpsons, busana ungu Kamala Harris jadi bualan netizen. Untuk bacaan lanjut klik pautan di bawah.

Persis Baju Siri ‘The Simpsons’, Busana Ungu Kamala Harris Jadi Perbualan Netizen

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

‘The Simpsons’ Ramal Pembelian Fox Oleh Disney Sejak 20 Tahun Yang Lalu