Sejak sedekad ini terakhir ini, tidak dinafikan penggunaan telefon pintar sangat mempengaruhi hidup seseorang. Penggunaan telefon pintar untuk menguruskan kerja seharian atau melayari media sosial juga nampaknya sudah mulai menjadi kebiasaan buat orang ramai tidak mengira tempat dan masa.

Melihat kepada jumlah yang tinggi ‘ketagihan’ orang ramai terhadap gadget, sebuah syarikat perbandingan produk iaitu Reviews.org sedia menawarkan $2,400 (~RM9,950) buat mereka yang mampu menjalankan tugas yang kini dianggap agak mustahil iaitu bebas daripada sebarang gadget dalam tempoh 24 jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
digital-detox-banner-hive-life
Sumber: Hive Live

Dinamakan sebagai digital detox challenge, seseorang yang mengikuti cabaran ini tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang gadget terdiri daripada telefon pintar, TV, permainan video komputer dan juga jam pintar.

Walau bagaimanapun, syarikat ini sedia menawarkan hiburan bukan gadget buat mereka para peserta terdiri daripada permainan papan atau set untuk melukis dengan harga $200 (~RM829.10) sepanjang mengisi masa lapang dalam tempoh 24 jam.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama syarikat di Australia ini menjalankan cabaran unik. Pada tahun 2019, syarikat ini pernah menggajikan lima individu untuk menonton 30 filem yang terkandung di Disney+ sepanjang 30 hari. Sekiranya anda ditawarkan dengan tawaran yang hampir sama. Sanggupkah anda mengikuti cabaran ini dalam meraih ganjaran yang besar ini?

Tular pada minggu ini apabila rider makanan ini bakal meraih bonus sebanyak RM56,870 selepas berjaya melengkapkan 21,500 pesanan pelanggan.

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Baru Sahaja Dilantik Sebagai CEO, Jalil Rasheed ‘Borong’ 70,000,000 Saham Berjaya Bernilai RM20.3 Juta