Bayangkan anda hanya pakai baju tidur ke tempat kerja dan tidur sepanjang waktu kerja. Pasti seronok, lagi-lagi apabila hujung bulan dapat gaji.

Terbaharu, sebuah syarikat Wakefit Innovations Pvt. Ltd di India tawarkan program latihan industri yang pastinya akan menarik ramai orang. Jika anda menjalani latihan industri di syarikat tersebut, anda hanya perlu tidur sahaja pada waktu bekerja selama 9 jam sehari dalam masa 100 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Tidur-Nyenyak
Sumber: Times Bali

Nampak mudah, bukan? Akan tetapi, terdapat syarat yang anda perlu ikuti dimana anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laptop atau telefon pintar ketika waktu tersebut.

Untuk pengetahuan anda, syarikat itu sebenarnya pengeluar sleep tracker dan memerlukan orang untuk mengujinya. Adakah anda sanggup untuk jalani internship ini dan terima bayaran sebanyak Rs 1 lakh (~RM5,800)?

Sebelum ini, Nasa juga tawarkan sejumlah wang untuk anda jadi sukarelawan hanya untuk berbaring selama dua bulan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

NASA Bakal Bayar Anda RM74,939 Untuk Berbaring Selama Dua Bulan

PLUS Bakal Hadir Dengan Kapsul Tidur Di R&R Mulai Tahun Depan

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Sumber