The Malaysian Insider melaporkan, sebuah syarikat yang tidak begitu dikenali, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd membuat cadangan bernilai RM8.75 bilion untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS), dengan berkata mereka boleh menyelamatkan 6,000 pekerjaan yang kini terpaksa diberhentikan.

Syarikat itu berkata, cadangan itu termasuk penjualan dan pembelian balik kapal terbang digunakan penerbangan nasional itu yang kini dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan sedang disusun semula dengan nilai RM6 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MAS kapal terbang

“Cadangan ini termasuk pertimbangan kewangan sehingga RM8.75 bilion (AS$2.5 bilion) dengan tawaran termasuk Khazanah Nasional menjadi rakan kongsi dalam JD Leading, sebuah syarikat penerbangan baru selepas pengambilan Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), melalui satu pemberian syer strategik dalam JD Leasing tanpa kos,” kata Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar yang disiarkan dalam akaun Facebooknya.

“JD Leasing mengenal pasti rakan strategik dengan prestasi yang terbukti dalam pajakan pesawat global dan perniagaan.

“JD Leasing berjanji untuk membayar sehingga RM5.25 bilion (AS%1.5 bilion) untuk memperoleh pesawat MAS melalui jualan dan pajakan balik, perjanjian dengan pengurusan MAS Newco tertakluk kepada terma dan syarat untuk dipersetujui, termasuk jenis pesawat, umur dan nilai sisa,” katanya dalam kenyataan itu.

Ia berkata JD Leasing juga akan berusaha membiayai semula RM3.5 bilion (AS$1 bilion) bon yang dikeluarkan PMB, yang akan matang pada 2016, dan menjanjikan syarikat penerbangan bermasalah itu “kadar istimewa” jika mereka memajak pesawat daripada mereka.

“Jentayu Danaraksa berusaha untuk menyokong MAS di bawah polisi Langit Terbuka Asean yang akan bermula pada 2015 dengan cara membawa penumpang ke destinasi yang belum diberikan khidmat olehnya.

“Dengan mengambil kira semua ini, kami percaya kerajaan hanya perlu menyuntik kurang daripada RM6.0 bilion yang diperuntukkan di bawah pelan 12-perkara,” katanya.