Di zaman serba moden ini, pelbagai jenis kerja yang tumbuh dan sebahagiannya adalah kerja-kerja yang tidak pernah didengar oleh orang.

Dalam satu hantaran yang tular di media sosial, sebuah syarikat insurans kereta di Malaysia telah menawarksn kerja kosong dengan satu jawatan yang pelik, iaitu ‘penarik TikTok’ sepenuh masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video yang dikongsikan oleh @nagulanmusical, beliau menjumpai sebuah iklan pekerjaan Bjak Shd Bhd yang mencari seorang ‘penari TikTok’ di platform carian kerja Indeed.

Melalui pemerhatian The Vocket di laman sesawang tersebut, gaji yang ditawarkan pula adalah berpatutan di mana pekerja bakal menerima RM2,000 hingga RM10,000 dan mereka yang terpilih akan bekerja mengikut jadual yang berbeza-beza.

Selain itu, syarikat itu juga mencari calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang tarian, pemegang ijazah seni lebih baik, keupayaan untuk bekerja lebih masa dan banyak lagi.

Hantaran tersebut tular di kalangan pengguna TikTok dengan sebahagiannya tawaran kerja ini bagus dan gaji yang ditawarkan juga berpatutan.

Manakala sebahagian lagi merasakan bahawa tawaran kerja tersebut pelik.