Akibat mempromosikan kotak TV Android bagi mendapatkan siaran televisyen secara haram, sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) di Shah Alam telah didakwa di mahkamah, lapor The Edge.

Kes yang dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Shah Alam ini merupakan kes pertama yang melibatkan kesalahan penjualan TV Android yang berlaku di Malaysia.

Pengarah syarikat IT berkenaan juga telah mengaku bersalah di atas pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Ahmad.

Dia dituduh menjual kotak TV Android (Android Box) yang mengandungi saluran karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran pada 2 September tahun lalu.

Syarikat itu difahamkan telah melanggar Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual teknologi atau alatan untuk memintas perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A (3), Akta yang sama.

Syarikat (atau wakil) boleh didenda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak lebih dari RM40,000 untuk setiap produk yang berkaitan dengan kesalahan tersebut, atau menghadapi hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun, atau kedua-duanya.

“KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal dan penjual yang menyalahgunakan peranti dan perisian dengan tujuan memintas dan mengakses kandungan yang dilindungi oleh pemilik karya berhak cipta secara tidak sah.

“Orang-orang juga diingatkan untuk tidak tertipu dengan penjualan peranti Android TV Box yang berisi aplikasi atau disertakan dengan paket perkhidmatan streaming kandungan cetak rompak,” kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.

Selepas pendakwah selebriti, YouTuber dengan ratusan ribu ‘subscriber’ pula didakwa mencabul. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Selepas Pendakwah Selebriti, YouTuber Dengan Ratusan Ribu ‘Subscriber’ Pula Didakwa Mencabul

Didakwa Manipulasi Dan Tipu Wani Chomel, Ini Penjelasan Aliff Syukri

Honda Hasilkan ‘Mask’ Untuk Kereta, Didakwa Efektif Untuk Basmi Virus