Laman web berita perniagaan Business Insider yang terkemuka di Amerika Syarikat ini telah dilancarkan pada 2007 oleh Henry Blodget bersama Kevin Ryan dan Dwight Merriman. Ia merupakan perintis bagi laman web seumpama dengannya. Kewujudan Business Insider telah mencipta aras baru bagi media digital melalui penyampaian maklumat secara bercerita.

Kini, ia telah berkembang maju di peringkat global dengan mempunyai tujuh edisi tambahan di luar Amerika Syarikat termasuk di United Kingdom, Australia, Singapura dan Malaysia. Kewujudannya telah membawa pembaharuan di dalam kewartawanan digital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkembangan Business Insider ini telah menarik perhatian syarikat media Jerman, Axel Springer SE yang sebelum ini kalah kepada syarikat Jepun, Nikkei Inc. dalam pengambilalihan Financial Times yang berpusat di United Kingdom pada dua bulan lalu.

Axel Springer SE merupakan penerbit digital yang terkemuka di Eropah telah mengikat perjanjian untuk membeli kira-kira 88% daripada syer Business Insider yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi penting Axel Springer untuk meluaskan capaian globalnya dalam industri kewartawanan digital.

Berikut adalah butir ringkas berkenaan pengambilalihan Business Insider oleh Axel Springer:

1) Axel Springer telah memiliki 9% syer (US$25 juta) Business Insider pada Januari 2015 sebelum perjanjian ini dimeterai.

2) Axel Springer membayar US$343 juta untuk membeli 88% syer Business Insider.

3) Axel Springer akan menguasai 97% syer Business Insider selepas pembelian tersebut.

4) Syarikat Bezos Expeditions milik Jeff Bezos, pengasas Amazon.com masih mengekalkan pegangan saham 3% (US$5 juta pada 2013) di dalam Business Insider.

5) Langkah ini penting bagi Axel Springer bagi memasuki pasaran media berbahasa Inggeris di peringkat global.

6) Business Insider mempunyai 76 juta pelawat unik setiap bulan.

7) Bilangan pelawat Business Insider itu akan meningkatkan jumlah pelawat digital Axel Springer sebanyak dua pertiga kepada kira-kira 200 juta pengguna.

8) Ini menyebabkan Axel Springer menjadi salah satu daripada enam penerbit digital terbesar di dunia dari segi capaian.

9) Axel Springer mahu mengembangkan komitmennya untuk inovatif kewartawanan digital.

10) Henry Blodget, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Editor-in-Chief dikekalkan peranan dan jawatannya.

11) Julie Hansen, Ketua Pegawai Operasi dan Presiden Business Insider dikekalkan peranan dan jawatannya.

12) Kedua-duanya akan kekal melabur dalam Business Insider melalui insentif ekuiti jangka panjang.

13) Business Insider mempunyai lebih 325 orang pekerja, separuh daripadanya merupakan wartawan.

14) Co-Founder Huffington Post dan Pengerusi Buzzfeed, Kenneth Lerer akan menduduki kerusi Lembaga Pengarah Business Insider.

15) Keutamaan Axel Springer adalah mengembangkan capaian laman web dan pengguna, diikuti peningkatan pendapatan dan terakhir barulah keuntungan.

16) Axel Springer akan membiayai pengambilalihan ini menggunakan kredit yang sedia ada.

17) Transaksi itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa antitrust yang berkaitan.

Di bawah pentadbiran Doepfner, Axel Springer meningkatkan minat pelaburan ke dalam operasi media digital. Di antaranya kerjasama melancarkan laman web politik versi Eropah, Politico.com, melabur di dalam majalah berasaskan laman web, Ozy dan enjin carian Perancis, Qwant.

Mathias Döpfner, CEO Axel Springer SE: “… Menggabungkan pasukan kami akan membolehkan kita membuka kunci potensi pertumbuhan dan mengembangkan portfolio Business Insider kepada new verticals, lokasi baru dan konten digital baru. Kami berharap dapat bekerja bersama-sama dengan Henry Blodget, Julie Hansen dan pasukan Business Insider yang luar biasa untuk membentuk masa depan. Dalam masa yang sama, saya teruja Ken Lerer, rakan kongsi rapat menyertai kami.”

Pihak Business Insider gembira dengan perkembangan ini.

Henry Blodget, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif and Editor-in-Chief Business Insider: “Kami amat menghormati komitmen Axel Springer untuk kewartawanan bebas dan visi global untuk masa depan. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan dan privilege untuk bekerjasama dengan pasukan pintar yang berfikir ke hadapan. Kami berharap untuk bekerja bersama-sama bagi membina sebuah organisasi berita yang utama di peringkat global untuk abad digital ini.”

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber