Dua bulan lepas, saya pernah khabar di Facebook yang punyai azam nak menulis serba sedikit pengalaman dan pembelajaran sepanjang melalui latihan industri di syarikat kecil rawatan air, ChemNergy Enterprise Sdn Bhd.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Alhamdulillah, latihan industri habis secara rasminya pada hari Khamis lepas dengan saya dah pun menghantar laporan ke fakulti.

Cooling tower di Gebeng.

Cooling tower di Gebeng.

Lebam mata woi siapkan laporan sampai pukul 4 pagi. Hahaha. Buat kerja last minute macam ni lah. Hahaha.

Syarikat yang saya praktikal pada tempoh tersebut memang sangat kecil.

Gudang kami di Shah Alam, ada saya, seorang penyelia, dan seorang pengurus sahaja. Ya, 3 orang saja woih.

Gila kecil sampai aku tak tahu nak tulis apa pada laporan dalam bahagian struktur organisasi syarikat. Hahaha.

li-08

ChemNergy Entreprise adalah syarikat yang membekalkan sistem rawatan air.

Biarpun kecil, ChemNergy merupakan channel partner kepada GE (Water and Process).

GE (Water and Process) adalah syarikat yang berpusat di US, terkenal dalam industri rawatan air. GE tu singkatan kepada General Electric.

li-07

Jadi, sepanjang tempoh 10 minggu praktikal di syarikat ini, portfolio saya adalah menjadi sebahagian daripada team mereka, membantu kerja-kerja teknikal dan servis seperti cooling tower and boiler waterside chemical treatment, waste water treatment plant performance evaluation, reverse osmosis membrane treatment service, dan kerja-kerja mengurus serta inventori gudang.

Ada hari kerja di gudang, hari selebihnya akan travel pergi ke kilang-kilang lain, untuk bekalan bahan kimisa, lawatan tapak, dan servis di Shah Alam, Port Klang, Melaka, dan Gebeng Kuantan.

Jadi, ini antara pengalaman yang saya peroleh sepanjang praktikal di syarikat kecil sebegini:

1. Pengalaman cross division.

Sewage treatment plant di Pantai Dalam.

Sewage treatment plant di Pantai Dalam.

Ya, tanggungjawab memang pelbagai. Sebab staf bukan ramai pun nak buat pelbagai perkara.

Daripada kerja-kerja berkaitan hal-hal teknikal, sehinggalah kepada urusan transporter dan menyelia pekerja am pun kita belajar untuk laksanakan.

Seronok dapat belajar banyak perkara. Learning is bae, right ?

2. You will become a team player.

Waste water treatment plant performance evaluation di Klang.

Waste water treatment plant performance evaluation di Klang.

Ya, menjadi sebahagian daripada team mereka.

Dijemput hadir ke meeting, diberi peluang untuk bersuara, diberi kepercayaan untuk buat kerja dengan pelanggan independently, dan pelbagai lagi.

Rasa dihargai woih.

Inilah mudah-mudahan membantu kita memupuk semangat bekerjasama. Skil inikan salah satu modal kejayaan dan nilai tambah yang besar.

3. Berkenalan

Kontraktor OsmoCell, manager Alvin Chong, dan service engineer, Yap yang selalu bising kan keadaan. Hahaha.

Kontraktor OsmoCell, manager Alvin Chong, dan service engineer, Yap yang selalu bising kan keadaan. Hahaha.

Dan yang terakhir sekali adalah kita berpeluang untuk berkenalan dengan staf syarikat tersebut, kontraktor-kontraktor lain, dan juga pelanggan syarikat dengan lebih rapat.

Sebab kita seorang sahaja praktikal di syarikat tersebut. Hahahaha.

Kesemua mereka ini sudah pun mempunyai pengalaman yang panjang dalam industri.

Jadi, peluang sebegini memang menarik bagi kita manfaatkan untuk memahami dengan lebih baik bagaimana real industry berfungsi dan kenalan-kenalan di sana.

Untuk manfaat kita juga lepas habis belajar nanti.

Lain manusia boleh jadi lain pandangan nya.

Tetapi bagi saya, praktikal di syarikat kecil sebegini, banyak manfaat terutamanya pengalaman dan pembelajaran yang begitu bernilai dapat dikaut.

Kawan-kawan saya yang menjalani latihan industri di syarikat gergasi, boleh jadi pengalaman mereka berlainan pula.

Jadi, begitu lah sedikit sebanyak kisah yang dapat saya kongsikan.

Kalau awal-awal dulu paranoid teruk nak LI di syarikat kecil sebegini, sekarang saya amat menghargai akan pengalaman sepanjang di sana. Bersyukur sangat.

Terima kasih kepada pengurus saya, William yang menerima permohonan walaupun interview barai. Haha.

Terima kasih kepada penyelia, Alvin Yong, bekas pekerja CCM (Water Care) yang banyak ajar berkenaan water treatment industry, ajak masuk half marathon, rilek sembang pasal politik, ekonomi, kereta, dan sukan, serta menunjukkan etika kerja yang sangat baik.

Dan yang paling manis sekali semasa menamatkan tempoh latihan industri ini adalah apabila dapat perkenalkan seorang kawan untuk kerja kosong kepada satu kontraktor rawatan air lain, dan membantu kawan sekelas berkenaan waste water treatment plant semasa mereka masuk pertandingan kejuruteraan kimia tempoh hari (walaupun kalah) berbekalkan pengetahuan yang kita belajar sedikit sepanjang tempoh LI ini.

Aku bawak forklift woih. Kahkahkah.

Aku bawak forklift woih. Kahkahkah.

Kepada kawan-kawan yang akan menjalani latihan industri nanti, selamat maju jaya kita ucapkan.

Attitude is more important than knowledge. Ini nasihat yang saya terima.

Segala perkara teknikal kita boleh belajar, tetapi good attitude harus dibina dan ianya memerlukan masa.

Latihan industri adalah platform yang baik untuk mempersiapkan perkara tersebut sebelum memasuki dunia kerjaya yang sebenar nanti.

Learn first before earn.

Sekian daripada saya.

Artikel di atas disumbangkan oleh Ahmad Fitri. Pelajar. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group