Kejadian kereta api lewat berlepas adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Setiap kereta api di Jepun selalunya akan tiba dan berlepas pada masa yang ditetapkan. Tetapi bagaimana pula sekiranya kereta api berkenaan berlepas lebih awal?

Berlepas lebih awal nampaknya satu masalah besar kepada syarikat pengangkutan awam di Jepun. Menerusi laman rasmi syarikat JR West, mereka meminta maaf kepada pelanggan perkhidmatan mereka kerana berlepas lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Berapa awal? Hanya 25 saat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kereta api 12 gerabak berkenaan berlepas dari stesyen Notogawa untuk ke Nishi-Akashi pada 7:11:35 pagi, dan bukan 7:12 pagi seperti yang dijadualkan. Kejadian itu berlaku kerana conductor kereta api berkenaan tersilap membaca masa dan memberi arahan untuk bergerak dari stesyen berkenaan.

Ada beberapa penumpang yang terlepas kereta api berkenaan dan salah seorang daripada mereka membuat laporan kepada pihak JR West. “Kejadian ini berlaku akibat ralat kami dan kami memohon maaf. Kami akan meningkatkan servis kami supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang,” terang wakil JR West menerusi laman rasmi mereka.

Kereta api seterusnya yang akan bergerak ke Nishi-Akashi adalah pada jam 7:19 pagi dan bagi orang Jepun, setiap minit adalah begitu berharga. Jadi contohilah orang Jepun dalam menepati masa.

Sumber