Sekiranya anda kerap membaca risalah atau majalah berkaitan bisnes, pastinya anda cukup kenal dengan majalah yang sudah lama berada di pasaran iaitu Fortune.

Pada hari ini, pemilikan syarikat ini nampaknya bakal beralih tangan selepas Fortune Media Group Holdings Limited berjaya mendapatkan hak pemilikan majalah Fortune dengan harga $150 juta (RM623 juta). Difahamkan proses pemindahan pemilikan ini bakal disiapkan sebelum berakhirnya tahun ini.

Menerusi pemilik terbaru iaitu Chatchaval Jiaravanon, beliau optimis untuk menjadikan majalah Fortune kembali popular semula. Antara pelan awal yang bakal diimplementasi beliau adalah menawarkan majalah ini secara digital bersesuaian dengan trend pembacaan kini.

fortune-magazine-june-2010-small_page_1

11ae853900af3df707b5fffa33974169
Fortune edisi Indonesia

Seterusnya, penawaran majalah Fortune juga bakal diluaskan kepada lebih banyak negara bagi membolehkan para peniaga mendapatkan majalah ini dengan lebih mudah.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana kerjasama diantara ahli perniagaan Thailand bersama rumah penerbitan Meredith bakal bekerjasama membangkitkan Fortune semula.