Tahun ini merupakan tahun yang sukar buat ramai orang di seluruh dunia. Setiap orang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19.

Nama Mila Jirin tidak perlu lagi diperkenalkan dan pasti ramai ketahui akan perniagaan perancang majlis perkahwinan beliau miliki iaitu BIzmilla. Terbaharu, Mila mendedahkan syarikat beliau berdepan masalah kewangan kerana terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Walaupun syarikat beliau berdepan dengan masalah, Mila tidak ingin berputus asa dan tidak akan membiarkan pekerjanya hilang punca pendapatan berikutan masalah tersebut.

Oleh itu, Mila telah berbincang dengan pekerjanya untuk tampil dengan inisiatif lain dengan menghasilkan perusahaan manisan seperti kek untuk juadah di bulan Ramadan serta sebarang majlis yang disambut di rumah demi kelansungan syarikat.

Malah, beliau bersyukur kerana pekerjanya bersetuju memulakan beberapa aktiviti perniagaan ekoran kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan.

Diharap inisiatif yang dilakukan oleh Mila Jirin dan para pekerjanya akan membuahkan hasil. Bagi anda yang terjejas pendapatan berikutan COVID-19, diharap anda akan tabah dalam berdepan situasi ini.

Sementara itu, anda boleh baca artikel tentang pendapatan netizen yang terjejas pada pautan di bawah ini.

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah