Syarikat perisian komputer terbesar Microsoft Corporation kini dinobatkan sebagai syarikat paling bernilai memintas kedudukan nilai pasaran Alphabet, syarikat induk Google.

Nilai pasaran Microsoft mula meningkat dua kali ganda semenjak Satya Nadella mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sejak empat tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

satya nadella

Difahamkan bisnes melibatkan teknologi cross-platform, cloud serta artificial intelligence antara difokuskan Microsoft. Syarikat ini turut memilih untuk tidak lagi memfokuskan kepada Windows Phone selepas menerima sambutan yang rendah daripada orang ramai.

Nilai pasaran Microsoft kini bernilai $760.25 billion berbanding Alphabet bernilai $745.63 billion. Peningkatan nilai pasaran ini membuatkan Microsoft sebagai syarikat ketiga paling bernilai di dunia dibelakang Apple dan Amazon.

Kejayaan peningkatan nilai Microsoft ini sekaligus bakal meningkatkan lagi nilai pendapatan bersih Bil Gates yang merupakan pengasas serta pemegang saham Microsoft.

Sumber