Laporan kewangan Schlumberger yang baru didedahkan pada Selasa lepas menunjukkan kemungkinan pemberhentian kakitangan secara besar-besaran akan berlaku kepada syarikat perkhidmatan minyak ini. Pengecilan operasi telah ditangguhkan sebelum ini, tetapi harga minyak yang dijangka terus rendah pada 2016 menjadikan keadaan terus tertekan.

schlumberger
Offshore Energy Today

Pemberhentian 10,000 Pekerja

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada pagi Selasa, Schlumberger berkata dalam laporan SEC, mereka akan memperuntukkan $350 juta sebagai perbelanjaan penyusunan semula syarikat. Peruntukan ini dikaitkan dengan pengurangan tenaga kerja pada suku keempat. Pada bulan Oktober, Schlumberger telah memberi petunjuk mereka akan menyediakan peruntukan ini, disertai dengan pengecilan operasi. Pengurangan tenaga kerja secara besar-besaran lazimnya akan berlaku dengan penyediaan peruntukan seperti ini.

Laporan SEC tidak mendedahkan bilangan pekerja yang akan diberhentikan. Schlumberger menolak permintaan Oilpro.com untuk mengulas mengenai bilangan pekerja yang akan dilepaskan, akan tetapi menurut Oilpro, mereka menganggarkan kira-kira 10,000 pekerja akan diberhentikan dalam pusingan pertama. Pengiraan anggaran ini boleh didapati di sini.

Schlumberger Telah Menangguhkan Pengecilan Operasi, Tetapi Tidak Dapat Bertahan

Schlumberger telah menangguhkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran pada suku kedua dan ketiga tahun ini. Ketika panggilan persidangan pada bulan Julai, CEO Paal Kibsgaard berkata: "Pada masa ini kami mengambil keputusan untuk terus mengekalkan struktur sedia ada untuk suku ketiga, dan ini adalah sebagai persediaan untuk bilangan aktiviti yang semakin bertambah pada tahun ini." Tetapi, harga minyak kekal rendah, bajet pelanggan semakin mengecil, dan prospek bagi tahun 2016 semakin merosot. Pada bulan Oktober, syarikat ini memberi petunjuk rancangan pengecilan operasi akan diteruskan pada suku keempat.

Bercakap pada persidangan pelabur pada 1 Disember 2015, Patrick Schorn, Presiden Operasi Schlumberger berkata: "Pengurangan aktiviti telah menyebabkan kami sekali lagi menilai tahap bilangan pekerja berbanding jangkaan aktiviti terbaru. Ini bermakna, kami akan terus membentuk organisasi ini pada saiz yang betul mengikut jangkaan aktiviti pada 2016 dan akan menyelaraskan struktur sokongan." Slaid di bawah diambil daripada pembentangan Schorn pada Selasa lepas, yang menunjukkan penilaian semula saiz bilangan kakitangan lapangan dan sokongan di Schlumberger.

laporan-schlumberger

Sekiranya anggaran Oilpro.com tepat, pemberhentian pekerja secara besar-besaran pada pusingan ini akan menjadikan pengurangan sumber manusia Schlumberger adalah sebanyak 30,000 pekerja sejak akhir 2014. Daripada 130,000 orang pekerja, kakitangan Schlumberger akan berkurangan sebanyak 23% sekiranya 10,000 orang lagi dilepaskan.

BACA: 1,812 Kakitangan RHB Berhenti Di Bawah VSS

BACA: Punca Groupon Tutup Operasi Di 7 Buah Negara Dan Hilang 1,100 Pekerja

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber