Sejak mula diperkenalkan, syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sememangnya tidak pernah lekang dengan kontroversi. Isu melibatkan dalam dan luar negara sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.

Pada minggu ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah mengumumkan syarikat 1Malaysia Development Bhd bakal ditutup. Penutupan syarikat ini bakal dibuat selepas hutang yang melibatkan sejumlah wang besar langsai dibayar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Says

Mengulas mengenai kaedah pembayaran hutang,  Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar turut mengatakan kaedah yang bakal dipilih adalah melalui ‘monetisation’ aset-aset terbaru negara.

Bangunan-bangunan melibatkan TRX City dan Exchange 106 yang bakal siap dibina tidak lama lagi antara yang menjadi sasaran untuk melangsaikan hutang melalui kaedah penyewaan. 

1mdb21

Melihat kepada komen para netizen, ramai yang seakan skeptikal dengan cadangan yang diumumkan. Pada pendapat anda, mampukah hutang yang mencecah bilion ini diselesaikan berdasarkan cadangan Pengerusi 1MDB.

Sumber