Kajian tahunan syarikat penerbangan terbesar di dunia telah mendedahkan syarikat manakah yang mempunyai rekod keselamatan yang paling teruk.

AirlineRatings.com telah meneliti laporan audit yang dikeluarkan oleh badan-badan dan syarikat yang mengawal penerbangan, serta laporan audit kerajaan dan kematian yang direkodkan bagi setiap penerbangan. Sejarah operasi, rekod insiden dan kecemerlangan operasi turut diberikan perhatian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laman web ini kemudiannya menyediakan penilaian keselamatan untuk 407 syarikat penerbangan, dan memberi rating sehingga 7 bintang. Daripada jumlah itu, 148 syarikat telah menerima top rating, manakala 50 syarikat lagi menerima 3 bintang atau kurang.

syarikat-penerbangan-terburuk-3

Berikut telah didedahkan senarai 10 syarikat penerbangan yang menerima hanya 1 atau tiada bintang langsung bagi tahun 2016:

1. Batik Air

2. Bluewing Airlines

3. Citilink

4. Kal-Star Aviation

5. Lion Air

6. Sriwijaya Air

7. TransNusa

8. Trigana Air Service

9. Wings Air

10. Xpress Air

Pengumuman ini dibuat berikutan 2 kemalangan besar yang berlaku pada tahun 2015 dan ia merupakan satu perkembangan yang merisaukan sehingga mencetus perebatan berkenaan isu-isu keselamatan dan kebimbangan terhadap kesejahteraan mental para juruterbang.

syarikat-penerbangan-terburuk-2

Pada 3 Januari lalu telah didedahkan selama 2 tahun berturut-turut, punca utama kematian berkaitan penerbangan (aviation death) pada tahun 2015 adalah daripada “gangguan menyalahi undang-undang” – dalam erti kata lain adalah pembunuhan; mengikut laporan oleh firma keselamatan udara To70 .

Turut dipetik adalah isu berkaitan kehilangan MH370 yang masih tidak dapat diselesaikan dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014, serta kemalangan melibatkan Germanwings dan Metrojet masing-masing di Banjaran Alps dan Sinai.

224 orang terbunuh apabila Rusia Metrojet Airbus A321-231 berkecai sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm el -Sheikh di Mesir.

Pada bulan Mac 2015, Germanwings Airbus A320-211 terhempas di Alps Perancis, membunuh kesemua 150 orang yang berada didalam kapal. Ia kemudiannya membawa kepada pendedahan bahawa juruterbang Andreas Lubitz, yang mempunyai tanda-tanda ingin membunuh diri telah menyebabkan kemalangan tersebut berlaku dengan sengaja.

AirlineRatings.com editor Geoffrey Thomas menjelaskan bahawa Germanwings telah mengekalkan penarafan keselamatan 7 bintang bagi tahun 2016 kerana kejadian itu berpunca daripada bunuh diri perantis mereka.

“Dalam sistem rating kami yang disahkan oleh badan penerbangan yang mentadbir International Civil Aviation Organisation, jika kematian berlaku disebabkan oleh tindakan keganasan, rampasan kapal terbang atau bunuh diri, ia tidak dikira termasuk dalam rekod kemalangan kapal terbang” katanya.

Sesetengah pakar penerbangan dan keselamatan telah mempersoalkan asas untuk kajian AirlineRatings kerana ia tidak dilihat mengutamakan pertimbangan keselamatan sebagai faktor terpenting seperti yang diharapkan oleh para penumpang, iaitu rekod dengan misi penerbangan berjuta kali tanpa kehilangan nyawa.

Jika penilaian di atas diambil kira, syarikat penerbangan dari US iaitu Southwest jauh di hadapan berbanding kesemua syarikat penerbangan lain. Syarikat ini telah melakukan lebih daripada 22 juta penerbangan dan membawa 1.5 bilion penumpang sejak ditubuhkan pada tahun 1971 tanpa sebarang kemalangan yang membawa maut.

EasyJet dan Ryanair yang merupakan 2 syarikat penerbangan tambang murah terkenal di Eropah juga mempunyai rekod bebas kematian dan pada tahun lepas saja telah menerbangkan sekitar 180 juta penumpang mereka.

3 syarikat penerbangan dari Kepulauan British turut disenaraikan dalam “top ten safest low-cost airlines” oleh AirlineRatings iaitu Aer Lingus, Flybe dan Thomas Cook Airlines yang hanya menerbangkan kira-kira 22 juta penumpang mereka secara keseluruhan.

Malaysia Airlines yang telah dilanda 2 insiden besar sehingga menyebabkan semua penumpang mati atau hilang pada tahun 2014, telah diberikan 5 bintang daripada keseluruhan 7 rating, sama seperti Ryanair dan Thomson Airways.

Jika syarikat penerbangan yang mempunyai kemalangan yang melibatkan kematian seorang penumpang dan / atau anak kapal ia secara automatik akan kehilangan bintang daripada kedudukan keselamatan penarafan itu.

Pada December 2015, Iraq Airways telah diharamkan daripada beroperasi di ruang udara EU atas faktor unaddressed safety concerns dan telah diberi 2 rating keselamatan oleh AirlineRatings.com.

Industri penerbangan Thailand pula telah diletakkan di bawah “langkah-langkah khas” pada tahun 2015 berikutan isu yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO ). Walaubagaimanapun Thai Airways yang telah dianugerahkan rating 4 bintangĀ  (4 star rating) daripada 7 bintang terselamat daripada diletakkan dalam senarai hitam EU.

Menurut pegawainya, mereka akan terus memantau perkembangan di masa depan dan akan mempertimbangkan pengharaman penerbangan jika keselamatan penumpang bagi pengangkutan udara sesebuah syarikat dianggap sebagai berisiko.

Baca lagi: Bukan Sahaja Penerbangan, AirAsia Adalah Sebuah Syarikat Internet

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber