Teknologi check in semakin hari semakin canggih. Begitu juga dengan teknologi swafoto yang semakin menjadi rutin orang ramai. Menggunakan teknologi pengimbas muka terbaru, syarikat JetBlue berjaya menjadi syarikat pertama yang menggunakan gambar selfie untuk ‘check in’ ke dalam pesawat.

Difahamkan penggunaan teknologi pengimbas wajah ini bakal membuatkan segala proses berjalan dengan lebih lancar dan mudah. Selain itu, teknologi ini juga dilihat lebih selamat untuk diimplementasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Swafoto yang diambil bakal diimbas bersama gambar dan data di dalam passport anda. Sekiranya semuanya berjaya anda bakal menerima boarding pass anda. Berikut merupakan bagaimana JetBlue menjalankan prosedur check in mereka secara swafoto.

Adakah anda mahukan teknologi ini diperluaskan serta digunakan buat syarikat penerbangan yang lain pula?

Sumber