Siapa sangka kehadiran wabak COVID-19 yang menyerang orang ramai serta ekonomi semasa sejak beberapa bulan terakhir ini telah membuatkan syarikat penerbangan yang sudah lebih satu abad tumbang.

Itulah yang berlaku buat Avianca dari Colombia yang merupakan syarikat penerbangan kedua tertua dunia baru-baru ini yang menggelarkan pandemik COVID-19 sebagai impak yang tidak disangka-sangka.

16460953372_9cb1782552_k1
Sumber: Simple Flying

Difahamkan semua bermula apabila syarikat penerbangan tidak lagi dapat terbang berikutan pembatalan jadual penerbangan sekaligus membuatkan syarikat-syarikat ini gagal mengaut keuntungan serta menjurus kepada pembuangan para pekerja.

Dilaporkan setakat ini, Avianca yang mempunyai 189 serta mampu membuat 700 penerbangan sebelum ini bakal mengurangkan sebanyak 80% operasi mereka serta memfokuskan kepada pasaran utama sahaja.

avianca_110520
Sumber: trend

Untuk pengetahuan, Avianca bukanlah syarikat penerbangan pertama yang difailkan bankrap disebabkan pandemik COVID-19. Bulan lalu Virgin Australia turut mengumumkan keputusan yang sama selepas gagal mendapat sokongan dana daripada pihak kerajaan.

Lebih mengerikan, dilaporkan selepas ini kemungkinan besar lebih banyak lagi syarikat penerbangan bakal mengikut jejak langkah yang sama sekiranya tidak dapat menaggung kos operasi sehingga pandemik COVID-19 berakhir.

Syarikat penerbangan AirAsia dilaporkan sudah memulakan semula penerbangan bermula 29 April lalu.

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Bermula Hari Ini

Tidak Setuju Dengan Kredit Penerbangan, Netizen Mahu AirAsia Berikan ‘Full Refund’

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan

Sumber