Syarikat pengiklanan Alfa Outdoor Sdn Bhd berkata bahawa pihaknya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen papan iklan sejak tahun lalu lagi, namun begitu masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

“Syarikat kami telah membuat permohonan semula pada bulan Nov 2021 kepada MB Seremban seperti yang di arahkan. Namun begitu kami masih menunggu maklum balas dari pihak majlis. Dalam masa yang sama, kami akan merujuk semula status permohonan tersebut daripada pihak majlis,” kata Ivy, pengurusan pemasaran syarikat Alfa Outdoor dalam satu maklum balas kepada The Vocket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 21 Januari yang lalu, The Vocket melaporkan satu hantaran Facebook oleh pihak MBS mengenai Ops Menampal Papan Iklan Tidak Berlesen. Di dalam hantaran tersebut, difahamkan lebih 100 papan iklan tidak berlesen telah ditampal notis oleh pihak berkuasa.

Dalam maklum balas itu lagi, Ivy turut membuat permohonan maaf di atas apa yang berlaku. Tambah beliau, Alfa Outdoor memang mempunyai lesen sejak dari tahun 2013 lagi. Namun pada tahun 2020, terdapat satu garis panduan baru dan pihak syarikat diminta untuk membuat permohonan semula selepas Majlis Perbandaran Nilai distruktur semula menjadi MBS.

“Untuk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini lokasi papan iklan tersebut berada di bawah MP Nilai dan papan iklan kami mempunyai lesen sejak dari tahun 2013. Namun pada tahun 2020 majlis telah menggeluarkan garis panduan baru dan kami diminta membuat permohonan semula kerana MP Nilai telah distruktur semula diserap menjadi MB Seremban.

“Namun oleh kerana pendemik yang menular pada tahun 2020 dan Perintah kawalan pergerakkan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan di seluruh Malaysia menyebabkan segala proses permohonan semula tertangguh,” katanya.

Dalam pada itu, NKMH Media, syarikat agensi media memberitahu The Vocket bahawa permohonan lesen papan iklan diuruskan sepenuhnya oleh pihak agensi media tanpa campur tangan pelanggan. Mereka yang turut kesal dengan apa yang berlaku akan membuat semakan tentang status permohonan lesen bagi mengenal pasti isu yang berlaku.

‘Kecilnya notis, saman sahajalah’ – lebih 100 papan iklan tidak berlesen cetus persoalan netizen. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Kecilnya Notis, Saman Sahajalah’- Lebih 100 Papan Iklan Tidak Berlesen Cetus Persoalan Netizen

Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan ‘Double Meaning’ Di Lebuh Raya

Dakwa Laungan Azan Terlalu Kuat, ‘Iklan’ Syarikat Ini Undang Kemarahan Netizen