BTS – satu-satunya kumpulan K-pop yang mempunyai ‘Army’ dan berada di posisi artis terlaris di dunia selama dua tahun berturut-turut – memilih untuk berehat dan fokus kepada kerja secara individu.

“Masalah dengan K-pop dan keseluruhan sistem idola ialah anda tidak diberi masa untuk menjadi matang,” kata salah seorang daripada tujuh ahli BTS semasa video berdurasi sejam yang dihasilkan kumpulan itu sebagai sebahagian daripada sambutan hari lahir tahunannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penyokong setia BTS yang setia dan sanggup berjuang demi kumpulan itu menyokong keputusan yang dibuat oleh BTS. Mereka berjanji di Twitter bahawa mereka akan menjadi ‘Army selamanya.’ Bagaimanapun, pelabur dalam Hybe Co, agensi bakat yang bertanggungjawab untuk mengurus BTS kurang bersetuju dengan keputusan ini.

Bloomberg dalam laporan yang dikeluarkan minggu inj melaporkan bahawa saham Hybe Co jatuh 25% pada hari Rabu, sehingga menyebabkan ia jatuh lebih $1.7 bilion dalam nilai pasaran dan ditutup pada titik terendah sejak penampilan pertama mereka di Bursa Korea pada Oktober 2020. Syarikat yang bertindak sebagai agensi bakat itu kini jatuh hampir 60% untuk tahun itu.

Selepas BTS mengumumkan bahawa kumpulan itu mahu berehat, Hybe tampil mengeluarkan kenyataan dengan menjelaskan bahawa BTS bukan berehat, tetapi setiap ahli akan menumpukan dengan projek solo masing-masing.

Namun, rehat dalam jangka masa yang singkat untuk kumpulan yang mempunyai penyokong sekuat kumpulan penyokong parti politik sudah cukup untuk menakutkan para pemegang saham Hybe.

Sensasi K-pop ini telah membentuk sebahagian besar pendapatan agensi bakat itu, melalui jualan album, strim dan jelajah. BTS sahaja berjaya menyumbang 27% daripada jualan album Hybe di A.S. dan separuh daripada semua jualan album di Jepun pada 2021, kata Billboard.

Saham dalam pesaing Hybe juga jatuh, walaupun pada tahap yang lebih kecil. YG Entertainment, yang menguruskan kumpulan gadis K-pop Blackpink, tenggelam 7%. Cube Entertainment dan FNC Entertainment, dua lagi agensi bakat utama Korea, turun sekitar 3.5%. Bagi Hyunsu Yim, penulis untuk Korea Herald, menyatakan di Twitter bahawa Hybe masih bergantung harap pada satu kumpulan sahaja tidak seperti pesaingnya.

Hybe telah cuba mempelbagaikan portfolio artisnya. Ia melancarkan beberapa kumpulan K-pop baharu pada tahun lalu, termasuk kumpulan gadis pertamanya, Le Sserafim. Hybe turut membeli Ithaca Holdings—agensi di sebalik artis seperti Justin Bieber dan Ariana Grande—hampir $1 bilion pada April 2021. Artis Ithaca kini bertanggungjawab untuk 45% daripada jualan album Hybe A.S.

Syarikat itu juga berkata ia akan melabur dalam permainan dan NFT untuk mempelbagaikan pendapatannya.

Penangan BTS Meal, 20 cawangan McDonald’s Indonesia terpaksa ditutup buat sementara waktu. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Penangan BTS Meal, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Buat Sementara Waktu

Berbentuk ‘Crewmate’ Among Us, Nugget BTS Meal Ini Kini Dibida RM213,545

Taehyung BTS Pakai Baju Melayu Pemberian Peminat Dari Malaysia