Syarikat pemaju perumahan di China, Broad Group yang berpusat di Beijing telah mencipta sejarah apabila berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan pangsapuri 10 tingkat dalam tempoh lebih sehari atau 28 jam sahaja.

Sukar untuk dipercayai, tetapi hakikatnya ia benar-benar berlaku. Malah, Broad Group juga turut berkongsi video bagaimana cara mereka menyiapkan pembinaan pangsapuri 10 tingkat sepantas kilat di YouTube. Anda boleh menonton video tersebut menerusi pautan di bawah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana ia boleh siap dengan cepat? Setiap rumah pada bangunan ini adalah berkonsep modular di mana Broad Group cuma perlu memasang segala kepingan bahan binaan yang telah siap dibina di kilang mereka di pangsapuri 10 tingkat ini. Maka tidak hairan mengapa begitu pantas mereka melakukan segala kerja-kerja pembinaan bangunan.

Difahamkan, binaan bilik serta ruangan lain yang perlu ada di dalam sebuah pangsapuri perlu dipasang siap terlebih dahulu di kilang mereka. Setelah siap, binaan-binaan tersebut akan diangkut ke tapak pembinaan menggunakan trak dan akan disusun mengikut rekaan bangunan seperti yang telah ditetapkan.

BeFunky-collage (93)

“Saiz standard setiap binaan hanya sebesar kontena menyebabkan ia mudah untuk diangkut menggunakan trak, sudah pasti menjimatkan kos penghantaran bahkan ia juga boleh dihantar ke luar negara.

“Untuk membinanya di kilang sangat simpleĀ umpama kita memasang kereta. Menariknya ia juga sangat mudah dipasang kerana kita hanya perlu ketatkan bolt dan nat lalu sambungkan saluran air dan elektrik.

“Kami juga memberi jaminan bahawa bangunan ini ‘kalis gempa bumi’, strukturnya tidak akan musnah dan boleh dipindahkan ke kawasan yang lain jika masih berlaku bencana alam di tapak pembinaan yang asal,” jelas Broad Group.

BeFunky-collage (94)

Broad Group turut berkata bahawa teknologi pembinaan pangsapuri pasang siap ini boleh juga dibina setinggi 200 tingkat. Boleh kecut perut kalau mereka bina rumah setinggi itu, betul bukan?

Untuk rekod, pada tahun 2015, syarikat ini juga berjaya menyiapkan pembinaan menara setinggi 57 tingkat menggunakan teknologiĀ Living Building System yang siap dalam tempoh 19 hari. Tahniah Broad Group kerana telah mencipta rekod pembinaan bangunan paling pantas setakat ini sekaligus memajukan sektor pembinaan di China.

Jepun tawar rumah terbangkalai secara percuma. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Tarik Penduduk Berhijrah, Jepun Tawar Rumah Terbiar Secara Percuma

Rumah RM300,000 Dengan Keluasan 900 Kaki Persegi Dilabel Sebagai Rumah Mampu Milik

Mahu Fokus Program Rumah Mampu Milik, Vincent Tan Umum Letak Jawatan Pengurus Eksekutif Berjaya

Sumber