Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kandungan penstriman muzik secara langsung bertajuk “Lofi hip-hop beats to study/relax to” daripada saluran bernama ChilledCow kini telah dihentikan siarannya oleh YouTube kerana didakwa melanggar hak cipta laman tersebut.

Apa yang menariknya, pelanggaran hak cipta itu telah dilaporkan kepada YouTube melalui salah sebuah syarikat rakaman di Malaysia, iaitu FMC Music Sdn Bhd Malaysia.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pada 10 Julai lalu, melalui saluran rasmi Twitter, Lofi Girl memuat naik sebuah tangkap layar daripada YouTube yang mendakwa bahawa saluran tersebut didapati telah melanggar undang-undang hak cipta.

“Disebabkan oleh notis alih keluar hak cipta yang kami terima, kami terpaksa mengalih keluar video anda daripada YouTube:

Tajuk video: radio hip hop lofi – rentak untuk berehat/belajar
Video anda: https://www.youtube.com/watch?v=5qap5a0419A
Isu alih keluar oleh: FMC Music Sdn Bh Malaysia

“Ini bermakna video anda tidak lagi boleh dimainkan di YouTube,” kata kenyataan tersebut.

Kebanyakkan netizen di Twitter tertanya-tanya siapakah FMC Music yang telah mengadu kepada pihak YouTube sehingga video Lofi Girl ditarik keluar oleh saluran tersebut.

Lofi Girl dalam ciapannya di Twitter telah meminta pihak YouTube untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum mengalih keluar video yang berdurasi 20 ribu jam tersebut.

Selepas beberapa jam di muat naik, sebuah akaun dengan nama TeamYouTube telah membalas ciapan Lofi Girl dengan mengaku kesilapan daripada pihak mereka dan berjanji bahawa video itu akan dimasukkan kembali ke saluran YouTube beliau dalam masa 24 jam.

Bagi kebanyakan YouTuber dan netizen, penstriman video muzik daripada ChilledCow boleh dianggap sebagai fenomena budaya oleh anak-anak era terkini.

Video ini sendiri telah menjadi satu fenomena budaya pop yang sinonim dengan pelajar, kerana ia dianggap dapat membantu pelajar untuk fokus dalam membuat tugasan mereka.

Ia disebabkan oleh alunan muzik yang tenang dengan tempo yang rendah dan berterusan sehingga berjam-jam lamanya.

Selain itu, watak dalam video “Lofi hip-hop beats to study/relax to” juga menjadi ikonik dan sering dijadikan bahan meme serta simbol yang mewakili para pelajar.

Siapa sebenarnya lelaki dalam video pertama YouTube ini? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Siapa Sebenarnya Lelaki Dalam Video Pertama YouTube ini?

YouTuber Berdepan Tindakan Undang-Undang, Suka Hati ‘Guna’ Piramid Giza Untuk Dedah Jantina Anak

Raih Pendapatan Tertinggi YouTube, Ryan’s World Kalahkan MrBeast Dengan Bayaran RM119.5 Juta Setahun