Sebut mengenai Sani Express pasti orang ramai cukup tahu tentang syarikat ini. Berjaya menawarkan perkhidmatan bas ekspres dalam tempoh yang panjang antara yang membuatkan syarikat ini dikenali. Lebih membanggakan, Sani Express berjaya muncul sebagai operator bas ekspress terbesar negara.

Terbaharu, selepas berjaya dalam industri bas ekspres, Sani Express Sdn. Bhd. dijangka bakal memecahkan monopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi dalam tempoh terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan perkara ini mampu dijayakan memandangkan Sani Ekspres sedia menawarkan feri altenatif yang dijangka dapat beroperasi menjelang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 bermula 23 Mei ini.

Menerusi perkongsian Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM), Sani Ferry Sdn. Bhd dilaporkan sedang berusaha keras menyiapkan dua feri iaitu SANI 1 dan SANI 2 bagi memenuhi permintaah tinggi penumpang semasa LIMA berlangsung daripada 23 hingga 27 Mei ini.

Untuk pengetahuan, Sani Ferry Sdn. Bhd sudah ditubuhkan seawal tahun 2016 di mana syarikat ini menawarkan feri yang mampu menampung 250 penumpang dalam sesebuah masa.

Mengulas mengenai LIMA, acara edisi ke-16 ini dijangka bakal menarik penyertaan 600 pempamer dari 30 buah negara dengan sasaran pemeteraian kontrak bernilai RM8 bilion serta menjemput 100,000 pengunjung.

Sumber