Sebut mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pasti ramai yang cukup mengenalinya. Memegang saham di beberapa syarikat besar serta beberapa lagi jumlah perniagaan yang lain antara yang mengesahkan tempat beliau sebanyak antara Rakyat Malaysia dengan jumlah kekayaan tertinggi.

Terbaru, beliau yang sebelum ini memiliki saham di Utusan Melayu Bhd dan The Malaysian Reserve telah membeli sebuah lagi saham syarikat media sebanyak 11.09% iaitu Prima Media Bhd dengan nilai RM73.81 Juta daripada parti politik UMNO.

gambar-3-1

Berdasarkan pembelian saham terbaru ini, Tan Sri Syed Mokhtar kini berjaya menjadi pemegang ketiga saham terbesar Media Prima dimana UMNO masih lagi memegang jumlah saham sebanyak 7.96% selepas penjualan dibuat.

Untuk pengetahuan, Media Prima memfokuskan kepada penyiaran empat rancangan di televisyen termasuk empat stesen radio. Selain itu, syarikat ini turut memberi penekanan kepada segmen digital khusus untuk pengiklanan.

70bd

Sumber: Says

Berdasarkan laporan kewangan suku pertama 2019, syarikat ini telah menanggung rugi sebanyak RM40.41 juta berbanding RM21.83 pada suku pertama tahun lalu dimana jumlah kerugian berpunca daripada penurunan kos pengiklanan serta penjualan surat khabar yang semakin rendah.

Berdasarkan perlantikan terbaru Datuk Syed Hussian Syed Junid sebagai pengerusi kumpulan Media Prima, diharap syarikat ini dapat kembali menunjukkan angka yang positif pada masa akan datang. Setakat artikel ditulis, saham Media Prima kini bernilai 48sen dengan permodalan pasaran bernilai RM532.48 juta.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →