Ketua Pemuda Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq tampil mempertahanan Ketua Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkaitan dengan isu sokongan terbuka terhadap kerajaan yang memerintah sebelum ini. Posting yang dikongsi di laman Instagram Ahli Parlimen Muar itu mendapat perhatian netizen dengan menerima lebih 79,000 likes dan lebih 3,000 komen. Beliau menggesa agar rakyat Malaysia membuka mata dan tidak berterusan menuduh Tan Sri Tony sebagai seorang pengkhianat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau tindakan Tan Sri Tony tersebut bukanlah atas kehendak beliau sendiri tetapi atas sebab desakan oleh pihak yang memerintah sebelum ini untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka termasuklah dengan rakaman video. Tambah Syed Saddiq, pendedahan ini baru dikongsikan kepada umum kerana kini semua rakyat Malaysia bebas menzahirkan kebenaran tanpa perlu takut pada ancaman kerajaan yang memerintah.

Tekanan yang diterima oleh Tan Sri Tony tidak terhenti disitu sahaja apabila beliau turut menerima tekanan untuk menggugurkan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia apabila Tan Sri Rafidah mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Menurut Syed Saddiq juga, Tan Sri Tony antara pihak pertama yang menghulurkan bantuan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin ditindas apabila membongkar perkara yang sebenar. AirAsia juga menawarkan tiket murah dan menambah bilangan penerbangan ketika PRU14 lepas demi memastikan anak rantau balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Di akhir perkongsian tersebut Syed Saddiq memberi jaminan bahawa rakyat di bawah naungan kerajaan baharu kini bebas untuk mengkritik kerajaan memerintah secara terbuka dan bebas menzahirkan pandangan politik masing-masing tanpa perlu takut terhadap ancaman dari mana-mana pihak.