Terbaru, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri-ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan pengisian jawatan.

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri telah memutuskan supaya BIPK perlu dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia, walau bagaimanapun bersetuju tiada pemberian BIPK kepada pegawai lantikan baharu.

Menurut JPA dalam pekeliling perkhidmatan, bermula 1 Januari 2020, mana-mana pegawai-pegawai baharu yang dilantik ke skim-skim perkhidmatan terlibat tidak lagi diperuntukkan dengan BIPK.

Sumber: JPA

Perkara ini telah menimbulkan kegusaran dan ketidakpuasan hati penjawat awam dalam sektor terlibat.

Sehubungan itu, keputusan tersebut turut tidak dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Beliau memuat naik sebuah rakaman video di laman Twitter peribadinya yang turut menolak keputusan berkenaan.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 13 saat itu, beliau turut tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor dan jururawat muda itu.

“Kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun diberikan kepada ahli politik dan juga menteri seperti saya,” katanya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai penganiayaan kepada doktor muda dan jururawat dalam sektor kritikal, menteri tersebut mendakwa pekerja sektor berkenaan terlebih kerja dengan gaji yang kurang dari kadar sepatutnya.

Beliau turut menyarankan pengurangan gaji menteri sebanyak 10 peratus bermula dengan dirinya sendiri sehingga masalah tersebut selesai.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah gambar yang memaparkan seorang wanita cantik bersama Syed Saddiq. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Gambar Bersama Syed Saddiq, Siapa Sebenarnya Wanita Cantik Berbaju Kebaya Ini?

Nafi Sukakan Dadah, Syed Saddiq Nekad Bantu Penagih Dadah Kembali Ke Jalan Yang Benar

Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya