Jika sebelum ini, Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan bahawa akan membawa kumpulan Bangtan Boys atau dikenali sebagai BTS untuk melangsungkan konsert mereka di Malaysia tidak lama lagi cukup mengujakan para peminat. Kini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa perbincangan mengenai konsert tersebut kini telah sampai peringkat akhir.

Menurut Syed Saddiq, ini merupakan satu perkembangan yang positif dalam merancakkan lagi aktiviti dalam industri kreatif agar tidak ketinggalan dengan negara lain. Perbadanan Stadium Malaysia sedang dalam proses untuk membawa kumpulan k-pop BTS yang dijangka akan membuat konsert pada tahun hadapan.

Pastinya dengan aktiviti yang sebegini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan menarik perhatian pelancong dari negara serantau Asia Tenggara. Bagi peminat kumpulan BTS, jangan lepaskan peluang anda nanti untuk menyaksikan konsert BTS.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber