Syed Saddiq merupakan antara wakil rakyat yang prihatin terutamanya kepada penduduk di daerah Muar, Johor. Umum tahu, bahawa kempen pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar yang memerlukan di Muar sudah lama dianjurkan oleh beliau.

Namun terbaru daripada Syed Saddiq , beliau telah menganjurkan #BotakChallenge iaitu cabaran membotakkan rambut sekiranya beliau berjaya meraih dana sumbangan sebanyak RM200,000 dalam masa 5 hari.

Inisiatif yang diambil Syed Saddiq ini dilihat dapat meringankan beban beliau bagi meneruskan kempen ‘satu komputer riba untuk satu keluarga’ di samping orang ramai turut sama dapat menyumbang bagi kempen ini.

Dalam tempoh 24 jam, YB Syed Saddiq bersama ahli grup beliau berjaya meraih kutipan sebanyak RM61,410. Rata-rata netizen nampak gayanya seperti tidak sabar untuk melihat gaya rambut botak YB Syed Saddiq kerana ia tidak mustahil untuk mengumpul RM200,000 dalam masa 5 hari.

Belum sempat rambut beliau dibotakkan, ada juga netizen yang kreatif dan menyunting gambar profil beliau dengan rupa paras berkepala botak. YB Syed Saddiq sepertinya tenang dengan penyuntingan gambarnya itu dan hanya ulang kicau tweet tersebut.

Jika dilihat gambar suntingan tersebut, rata-rata netizen berkata bahawa wajah botak YB Syed Saddiq disamakan dengan rupa paras botak karakter anime Saitama daripada One Punch Man.

Berikut beberapa ciapan daripada netizen yang berseloroh mengenai cabaran yang #BotakChallenge yang dianjurkan oleh YB Syed Saddiq.

Pun begitu, ada netizen yang memberikan kecaman kepada YB Syed Saddiq dan menganggap bahawa cabaran #BotakChallenge ini tidak mencerminkan kebijaksanaan seseorang ahli politik.

Anda yang berhajat untuk menderma boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar (8603323060). Dapatkan RM200,000 dikutip dalam masa 5 hari di samping kita dapat melihat gaya rambut terbaharu YB Syed Saddiq? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Berikut merupakan perkongsian terbaharu kami mengenai hal ehwal politik yang berlaku di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Jatuh Lubang Ketika Berbasikal, Akaun Twitter JKR Kuala Langat Mohon Maaf Kepada KJ

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

Vocket Original: Ini Masa Kita