Tindakan pelakon dan juga pengarah Ellie Suriati Omar yang mendesak kerajaan agar mengenakan lesen kepada pemilik channel YouTube menerima teguran daripada bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Teguran dan komen itu diberikan Syed Saddiq dalam satu retweet terhadap laporan bertajuk ‘Ellie desak kerajaan kenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube’ yang diterbitkan portal Malaysiakini pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, Ellie dalam laporan tersebut mencadangkan agar kerajaan mengenakan lesen untuk pemilik salauran YouTube kerana mereka (pemilik saluran) dikatakan berjaya dan ada yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi.

Tidak berpuas-hati dengan kenyataan dan pendapat Ellie, Syed Saddiq yang sebelum ini sememangnya terkenal dalam mengenengahkan suara generasi muda di negara ini memberikan komen balas melalui akaun Twitter-nya.

“Tidak habis-habis nak sekat kreativiti anak muda.

“Daripada anda membunuh kreativiti orang lain, kenapa anda dan rakan-rakan tidak sahaja mencuba untuk menjadi lebih baik (bersaing dengan YouTubers)?” soal Syed Saddiq.

Malah menurut Syed Saddiq, isu pelesanan YouTube seperti yang dibincangkan di Malaysia tidak pernah menjadi masalah di luar negara.

Namun bila di dalam negara, isu itu menurutnya tiba-tiba hangat dibincangkan.

“Negara lain okay ja. Tiba-tiba di Malaysia nak desak’ melesenkan’ YouTubers.

“Pelik bin ajaib,” sindir bekas menteri itu.

Ellie yang ditemui pemberita dalam sidang media di Petaling Jaya menjelaskan langkah tersebut adalah sebagai salah satu penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981.

Akta tersebut menurut Ellie perlu dirombak bagi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

“Sebagai pemain industri kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan.

“Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik.

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan,” kata Ellie seperti dilaporkan Malaysiakini.

Isu pelesenan YouTube sebelum ini menjadi topik hangat selepas penggiat industri kreatif dikatakan perlu memohon lesen untuk menghasilkan kandungan mereka terutama di YouTube. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Kesemua Penggambaran Filem Termasuk Di Media Sosial Perlu Mendapatkan Lesen FINAS

Penghasilan Video Di Media Sosial Tidak Perlu Memohon Lesen FINAS

Siapa Sebenarnya Lelaki Dalam Video Pertama YouTube ini?