Syed Saddiq Abdul Rahman disenaraikan antara 20 anak muda paling berpengaruh di dunia dalam senarai terbitan Apolitical ‘100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government’. Apolitical adalah organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 negara.

Dalam senarai tersebut, hanya dua wakil dari Asia yang dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia iaitu Syed Saddiq dan Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar. Andra Pradesh di India. Malah, senarai tersebut merupakan usaha Apolitical untuk meraikan peranan belia bawah 35 tahun yang berpengaruh kepada kerajaan dari seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: R.AGE

Pemilihan Syed Saddiq oleh Apolitical berikutan usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Menurut Syed Saddiq, belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara. Tahniah Syed Saddiq kerana terpilih sebagai anak muda paling berpengaruh di dunia.