Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Umum diketahui para penonton tidak dibenarkan merakam di dalam pawagam. Malah, perkara ini turut diumumkan sekali lagi sebelum sesebuah filem bermula. Merakam babak dalam wayang sememangnya menyalahi akta dan bakal dikenakan tindakan.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik usaha pelbagai pihak lebih sedekad ini memaklumkan isu larangan merakam, masih terdapat individu yang berdegil serta memilih untuk merakam. Lebih parah, rakaman yang dibuat dikongsikan secara terus untuk tontonan umum di TikTok.

Terbaharu, tular sebuah insiden menerusi perkongsian Twitter @4hmadsaf1q92 yang menyaksikan seorang wanita dengan penuh selamba merakam babak sebuah filem. Meskipun sudah ditegur mengenai tindakan yang dilarang tersebut, wanita ini seolah berdegil untuk membuang rakaman yang dibuat.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Situasi yang berlaku telah memaksa petugas pawagam ini mendesak serta memaklumkan untuk memanggil manager beliau berikutan kedegilan yang ditunjukkan.

Bukan itu sahaja, pihak TGV juga turut mahukan informasi lanjut mengenai tarikh, masa dan lokasi rakaman yang dibuat untuk siasatan lanjut. Malah, para netizen juga turut berang dengan perlakuan wanita ini walaupun sudah ditegur berulang kali.

Menerusi semakan terbaru, akaun TikTok wanita ini masih lagi aktif sekaligus mengesahkan beliau merupakan individu yang merakam dalam pawagam tersebut.