Ramai orang Malaysia yang berbakat di Facebook Group bidang grafik. Tempoh hari saya temui Aiman Azhar yang menjadikan rumah lama sebagai peta games Counter Strike. Kali ini pula, saya temui seorang gadis yang telah menghasilkan sticker kartun berhijab yang comel khas untuk digunakan di aplikasi Telegram.

sticker preview (1)

Apa Itu Doodle?

Dia sering menghasilkan kartun-kartun comel yang digelar ‘doodle’ atau ‘chibi’ dalam Bahasa Jepun sejak 2010. ‘Doodle’ adalah sejenis lukisan contengan. Dan ‘chibi’ adalah merupakan sejenis karakter kartun yang kecil dan comel. Contohnya seperti karakter kartun Shin Chan dan Chibi Maruko Chan.

Contoh: Shin Chan
Contoh: Shin Chan

Ketika itu tidak ramai doodler dari Malaysia dan dia salah seorang doodler yang aktif di Tumblr. Nama samaran ‘syuthekitteh‘ digunakan untuk karakter kartun dia disitu.

Saya Syuhada Zulkifli adalah seorang freelance designer yang cenderung kepada hasil karya yang comel dan minimalist. Saya juga adalah seorang doodler dan crafter sambilan di samping bekerja tetap sebagai Assistant Programmer. Dalam masa yang sama saya menjadi pelajar separuh masa dalam jurusan Sains Komputer (grafik dan perisian multimedia) di UTM.

Selain di Tumblr, hasil karya Syuhada termasuk craft works dan graphic design boleh dilihat di Facebook dan Instagram @craftedbysyu. Dia juga menghasilkan merchandise daripada karakter kartun seperti sticker, kalendar dan sebagainya. Ada di antaranya dijual di Etsy.

syuhada mira filzah

Dia pernah menjadi designer produk Mora Essential milik Mira Filzah dan Molkhan semasa fasa awal produk tersebut. Kini, dia fokus kepada doodle dan craft work serta mahu menjadi illustrator untuk majalah, buku dan laman web yang memerlukan karektor-karektor comel.

Sticker Pack Untuk Aplikasi Telegram

Saya telah menghasilkan ‘sticker pack for Telegram apps’ dan sticker ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Telegram dan digunakan di dalam conversation mereka di apps tersebut.

Pada awalnya Syuhada hanya mencipta sticker ini hanya untuk kegunaannya dan teman-teman sahaja. Tapi respon mereka telah membuatkan dia mahu menyebarluaskan sticker ini kepada umum. Ia berikutan mereka menyukainya dan agak sukar untuk menjumpai sticker pack yang berkarakter kartun berhijab yang comel.

Ini adalah 10 sticker kartun berhijab untuk aplikasi Telegram karya Syuhada:

sticker preview all (1)

Cara Muat Turun Sticker Secara Percuma Di Telegram

1. Open apps Telegram di smartphone atau webtelegram/desktop Telegram.
2. Klik ini: http://telegram.me/addstickers/syuthekittehVOL2
3. Klik butang ‘Add 10 Stickers’.
4. Stickers sudah sedia untuk digunakan di dalam conversation Telegram.

Sebagai permulaan, sticker pack ini hanya mempunyai 10 keping sticker sahaja dan Syuhada ada merancang untuk menambah sticker pack yang lain pula di masa hadapan.

Bagaimana Sticker Pack Ini Boleh Diterima Pihak Telegram?

Untuk Telegram, prosedurnya tidak memerlukan saya berurusan dengan orang dalaman apps Telegram secara direct. Saya hanya perlu berkomunikasi dengan perantara yang dinamakan ‘sticker bot’. Daripada situ, saya akan diberikan instructions untuk memuatnaik dan publish sticker saya.

Berbeza dengan platform lain seperti Facebook dan apps lain, Syuhada perlu berurusan dengan pihak dalaman platform tersebut sekiranya ingin menghasilkan sticker untuk apps mereka. Tapi proses itu tidak akan menghalang cita-cita Syuhada untuk menghasilkan sticker pack untuk platform lain kelak.

Jika anda pengguna Telegram, boleh dapatkan karektor comel berhijab ini secara percuma mengikut cara yang telah diterangkan di atas.