Persaingan bilangan subscribers antara dua akaun YouTube iaitu syarikat rakaman India, T-Series dan YouTuber yang terkenal dengan review permainan video, PewDiePie sudah bermula sejak beberapa bulan lalu. Perkara ini semakin menjadi hangat ketika bilangan pengikut kedua-dua akaun ini mencapai lebih 80 juta pengikut sehingga ada peminat PewDiePie yang sanggup menyewa papan iklan untuk mempromosikan akaun kegemaran mereka.

Baru-baru ini menurut laporan daripada syarikat analisis media sosial, SocialBlade yang mengesahkan kejayaan T-Series yang memecah rekod sekaligus memegang gelaran akaun dengan bilangan pengikut paling ramai. T-Series berjaya mengatasi PewDiePie dengan 2,000 pengikut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, T-Series hanya berjaya mempertahankan gelaran ini selama 8 minit sahaja. Berdasarkan laporan teperinci daripada SocialBlade, T-Series berjaya memintas bilangan subscribers PewDiePie disebabkan audit berkelompok yang dilakukan oleh YouTube untuk memastikan subscribers sebenar dan bukannya bot.

Proses ini telah menyebabkan PewDiePie kehilangan hampir 20,000 subscribers dan membenarkan T-Series memintas bilangan subscribers beliau. Buat masa ini, PewDiePie masih akaun dengan pengikut paling ramai tetapi dengan penambahan bilangan pengguna YouTube di India, bila-bila masa sahaja T-Series akan memintas PewDiePie.