Nota Editor: Kami kongsikan satu lagi kisah menarik daripada Facebook Page M&M Backpacking sewaktu kembara mereka ke Eropah baru-baru ini. Jika anda belum tahu, T-Shirt yang diceritakan dalam kisah ini adalah keluaran Abstrax Jingga.

abstrax-jingga

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Dalam penggembaraan kami kali ini, saya sangat suka memakai baju yang melambangkan saya ini orang Malaysia. Pada mulanya saya tercari cari apa yang sesuai untuk dipakai.

Untuk memakai baju Melayu sepanjang masa mungkin tidak terlalu praktikal. Untuk memakai songkok ketika berjalan pula, adalah antara yang saya fikir mampu untuk saya buat tetapi memandangkan songkok saya masih baru dan saya mahu menggunakannya untuk hari raya.

Akhirnya, saya ditemukan dengan baju Abstrax ini. Kainnya ringan, mudah kering ketika dibasuh dan yang paling penting, tertera perkataan Malaysia dengan amat besar didepan baju. Saya beli dua helai, satu untuk saya dan satu lagi untuk isteri.

sarajevo

Berjalan dengan baju Malaysia ini membuatkan kita berjalan dengan hati hati. Ini kerana dari jauh lagi orang sudah kenal bahawa kita ini orang Malaysia, jadi perlulah kita menjaga tingkah laku kita sebagai warganegara Malaysia disamping kita juga menjadi duta kecil negara.

Ketika saya hendak ke Sarajevo, saya bertanya beberapa rakan yang pernah ke sini tentang pengalaman mereka disini. Antara cerita menarik mereka adalah apabila mereka ceritakan tentang pengalaman mereka dilayan dengan begitu baik oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Sarajevo.

Saya jadi tertanya tanya, kenapa ada Kedutaan Besar Malaysia disini. Sebelum membuka Kedutaan Besar Malaysia diluar negara, pastilah kerajaan akan melihat banyak perkara dan antaranya pastilah kerelevanan membuka sebuah kedutaan di negara tersebut. Ini adalah persoalan yang belum saya dapatkan jawapan.

Saya juga bertanya pada kawan kawan, tentang bagaimana pandangan orang Bosnia terhadap orang Malaysia, kata mereka orang Bosnia sangat hormat pada orang Malaysia.

Antara sebab mengapa orang Bosnia sangat hormat pada orang Malaysia adalah kerana ketika perang Bosnia dahulu ( 1993-1995 ), Malaysia adalah antara mereka yang menghantar bantuan yang terbaik. Ketika berjalan di Sarajevo bersama tour guide , saya bertanya mengenai perkara ini dan dia membenarkan cerita ini.

sarajevo-2

Ketika berjalan di Sarajevo tempoh hari juga, dari jauh seorang pakcik menjerit nama Malaysia lalu datang dan memeluk saya sambil tersenyum.

Begitulah pandangan kebanyakan orang luar terhadap negara kita. Antara tokoh yang saya kira memainkan peranan besar dalam membina pandangan masyarakat luar terhapda Malaysia adalah Tun Mahathir sendiri. Kebijaksanaan beliau dan ketegasan beliau membuatkan negara kita dikenali di persada dunia.

Maka sebagai rakyat Malaysia, haruslah kita menjaga perwatakan dan sikap kita ketika berada dilur negara. Sikat sopan santun dan moral yang tinggi yang telah kita pelajari, haruslah tetap kita terapkan walau dimana jua kita berada.

Sepanjang duduk diluar negara, ada satu soalan tentang Malaysia yang payah untuk saya jawab,

“Kapal terbang dah jumpa belum? ”

Nota tambahan editor: Anda boleh layari website Abstrax Jingga jika berminat dengan t-shirt menarik keluaran mereka.

BACA: Pelajar Malaysia Kongsi Pengalaman Berpuasa 20 Jam Sehari Di Perantauan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram