Jika sebelum ini buah rambutan dipilih sebagai buah makhluk asing dalam drama bersiri Netflix, kini baju t-shirt Kedah pula muncul dalam babak sebuah filem Tamil.
Pengguna Twitter @apiswowgituh telah berkongsi gambar babak tersebut di Twitter miliknya. Perkongsian tersebut berjaya mencuri perhatian netizen sekaligus buat netizen terhibur.
Tengah tengok cerita tamil pastu nampak mamat ni pakai tshirt Kedah. Mana dia rembat ni? Hahdjajajha pic.twitter.com/sG8YLVwIie
— a (@4pis55) September 22, 2020
Para netizen juga ada yang tertanya-tanya bagaimana pelakon tersebut boleh memperoleh baju tersebut. Malah, ramai juga yang berbangga menjadi anak jati Kedah.
https://twitter.com/reenajoo_/status/1309124993939316739
Bundle sana kot hahahaha. Dia kenal barang tu.
— Ahmad Shafiq 🇲🇾 (@shaffffiq) September 22, 2020
Hahaha kami bangga jadi anak jati kedah. Nahhhhh, p sampai india haaa,.
— mz💜 (@zahiahmazni) September 24, 2020
Haha ni baru betul dengan tagline kedah serata rata. Ini luaskan kuasamu tapi yang pakai baju dia bangsa dia je😂
— syafiq (@syfqzlkfl) September 24, 2020
Untuk pengetahuan anda, babak yang memaparkan pelakon memakai baju Kedah ini merupakan sebuah filem aksi diterbitkan pada tahun 2018. Vijay Chander adalah pengarah bagi filem Sketch ini. Ada yang sudah menonton?
Tahukah anda bahawa syiling lama Malaysia pernah muncul dalam drama bersiri Netflix? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen
Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas
Karya Tempatan ‘Fly by Night’ Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix