Samsung pada pandangan kami ialah pengeluar tablet paling produktif di dunia. Jika anda lihat mereka bukan sahaja mampu menghasilkan tablet untuk Android malah tablet mengeluarkan juga tablet untuk Windows. Terkini, Samsung telah memperkenalkan Tablet terbaru dengan penggunaan abjad “A” iaitu tablet Galaxy Tab A.

Tablet Galaxy Tab A hadir dengan dengan dua variasi paparan skrin 8-inci untuk Galaxy Tab A dan juga 9.7-inci untuk Galaxy Tab A Plus, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 410, memori 2GB/3GB, kamera belakang 5-megapixel manakala kamera hadapan 2-megapixel, kapasiti bateri 4,200mAh, ruangan storan 16GB, sokongan 4G dan menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop serta antaramuka khusus TouchWiz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedua-dua variasi tablet ini akan dijual mulai bulan April di Russia dahulu dengan harga 16,990 Rubles(RM1,014) untuk Galaxy Tab A manakala 20,990 Rubles(RM1,253) untuk Galaxy Tab A Plus.

galaxy-tab-a-2

galaxy-tab-a-6

galaxy-tab-a-5

galaxy-tab-a-4

Rujukan : Sammobile