Bermula 27 Ogos ini, tablet paling ringan dan ternipis bagi kategori 11-inci, HUAWEI MatePad Pro 11 sedia ditawarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Hadir dengan sistem operasi Harmony OS 3, HUAWEI sedia menawarkan apa yang diperlukan para pengguna terdiri daripada golongan bisnes, pekerja mahupun para pelajar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam erti kata lain, model ini bukan sahaja ditawarkan sekadar tablet sahaja, malah turut ditawarkan bersama HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan juga HUAWEI M-Pencil dalam menawarkan produktiviti seakan menggunakan PC.

Mengulas mengenai aksesori yang ditawarkan, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard hadir dengan keyboard bermagnet yang membantu pengguna mengbungkannya dengan mudah. Key caps yang tersedia pula sangat selesa untuk digunakan serta berbeza dengan magnetic keyboard yang tersedia di pasaran.

HUAWEI M-Pencil (2nd generation) pula bakal membantu mengguna untuk menulis, melukis atau melakar sesuatu dengan mudah. Ketepatan pada M-Pencil antara yang dipuji dalam membantu pengguna menyelesaikan tugasan menerusinya dengan lancar.

Oh ya, lebih menarik, HUAWEI M-Pencil ini turut menyokong pengecasan secara tanpa wayar yang secara tidak langsung memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana sahaja.

Menerusi model pada kali ini, HUAWEI bukan sahaja memfokuskan kepada rekaan serta produktiviti, malah sokongan HUAWEI SOUND antara yang ditawarkan dalam memberikan kualiti audio yang jelas para pengguna.

Berbincang mengenai harga, model ini berjaya ditawarkan dengan harga berbaloi iaitu RM2,999 bagi model 8GB RAM dan 128GB ruang storan beserta sokongan WiFi. Model yang ditawarkan bersama 8GB RAM dan 256GB ruang storan beserta sokongan LTE sedia ditawarkan pada harga RM3,699.

Lebih menarik, HUAWEI sedia menawarkan hadiah istimewa buat para pembeli dengan penawaran HUAWEI M-Pencil (2nd generation), HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan juga hadiah HMS dengan jumlah jumlah keseluruhan mencecah RM1,400. Serius berbaloi!

Para peminat berpeluang mendapatkan HUAWEI MatePad Pro 11 seawal 19 Ogos ini apabila sedia ditawarkan secara rasmi. Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro 11 dengan klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai review penuh kami mengenai HUAWEI MatePad Pro 11 dengan klik pautan di bawah.

Nipis Dan Ringan, HUAWEI MatePad Pro 11 Tawarkan Saingan Hebat Dalam Pasaran Tablet

Dilengkapi Skrin Besar Dan Ringan, HUAWEI MateBook D16 Jadi Pilihan Golongan Bekerja