Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dua laporan polis dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) melibatkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta beberapa pengurusan kanan lain berikutan penyelewengan dana milik TH.

Turut sama terlibat adalah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, TH berkata laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti politik.

Yayasan Tabung Haji yang ditubuhkan pada 2016 menerima sumbangan sebanyak RM7 juta daripada TH di mana yayasan ini diberi tanggungjawab untuk memberi bantuan serta sumbangan kemanusiaan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Perkara ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH. Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi dan Datuk Rozaida,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, laporan kedua yang dibuat ke atas Ismee, Hazlina dan Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus saham dalam PT TH Indo Plantations dipegang dua anak syarikatnya, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta (~RM3.8 bilion). PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit berkeluasan 83,000 hektar di Indonesia.

Kedua-dua laporan ini dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial semalam. Ini merupan siasatan dalaman terbaru yang dibuat pengurusan terbaru TH ke atas transaksi yang mengelirukan oleh pengurusan yang terdahulu.

Anda Mungkin Suka