Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dari 12 Mei hingga 16 Mei dari jam 6 petang hingga 8 malam, Taco Bell Malaysia mahu anda ‘Tukar Ke Taco’ yang kini berlangsung di 25 pasaran di seluruh dunia.

Kempen ‘Tukar Ke Taco’ bertujuan untuk menukar makanan anda yang ‘biasa’ kepada sesuatu yang lebih fun iaitu taco.

Syaratnya anda hanya perlu berbelanja lebih RM20 di mana-mana cawangan Taco Bell Malaysia untuk mendapat Crunchy Taco percuma ini.

Terdapat 7 buah restoran Taco Bell beroperasi di Malaysia iaitu di IOI Boulevard Puchong, Sunway Pyramid, Wangsa Maju, Setiawangsa, Tropicana Gardens Mall, Bandar Seri Permaisuri dan Cyberjaya.

Jadi anda boleh terjah mana-mana cawangan Taco Bell Malaysia sebelum 16 Mei ini. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman rasmi Taco Bell Malaysia di sini.

Untuk lihat menu apa yang menarik di Taco Bell Malaysia, boleh klik pada pautan di bawah.

Set Masakan Mexico Yang Sedap Belaka Di Taco Bell Cyberjaya

Selepas Gelongsor Air, ESCAPE Penang Lancarkan ‘Zip Coaster’ Terpanjang Di Dunia

Anda Mungkin Suka