“Syukur sangat saya hantar Dani ke Tadika *tuut* (sensored). Banyak perubahan yang ditunjukkan.”

Demikianlah kata seorang Puan Hartini, bercerita tentang anak beliau, Dani, yang bersekolah di sebuah tadika di Pengkalan Chepa.

Ternyata keputusan beliau menghantar anaknya ke tadika itu memberi hasil positif.

“Dulu dia mengamuk apabila tak dapat bermain gajet. Uish, tak boleh berenggang, mesti mengamuk sakan sampai saya pula yang stress.”

“Salah kami juga, sebab biarkan dia hampir 24 jam dengan gajet.”

“Sekarang, Alhamdulillah. Bila saya minta dia kembalikan gajet, dia menurut, tak bantah pun. Paling-paling dia akan tanya, ‘Pukul berapa Dani boleh main?'”

“Dengan senang hati saya jawab soalan itu. Siapa tak gembira kan, anak mendengar kata. Subhanallah.”

Santun, Peribadi Mulia

Dani, ketika lawatan tadika di balai bomba.

Budi bahasa, budaya kita. Sopan santun, amalan mulia.

Santun adalah salah satu didikan teras di tadika tempat Dani belajar.

Tadika yang dimaksudkan adalah Tadika ABS Pengkalan Chepa, iaitu sebahagian daripada Rangkaian Tadika Aktif Bijak Santun (ABS) yang mempunyai 75 cawangan di seluruh Malaysia.

Budaya sopan santun diajar kepada anak-anak, agar menghormati tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

Latihan demi latihan diberi buat Tuan Muda dan Cikpuan Muda daripada awal usia, agar santun itu lahir dari hati yang tulus dan ikhlas dan bukannya dibuat-buat.

Belajar dari perbuatan

Dani ketika aktiviti simulasi ‘Haji Cilik’, salah satu program tadika ABS.

“Rajin ikut abah solat, hafaz bacaan dalam solat, ayat lazim dan zikir. ‘Kenapa abah tak tunggu Dani?’ itu ayat wajib bila ditinggal abah untuk ke masjid,” sambung Puan Hartini bercerita tentang anaknya, Dani.

“Apabila solat sama-sama di rumah, siap berdiri di depan nak jadi imam.”

“Rupa-rupanya Dani selalu jadi imam di tadika. Bukan main kuat lagi suaranya baca bacaan dalam solat, sejuk hati ummi. Alhamdulillah.”

Begitulah anak-anak di Tadika ABS. Mereka belajar dari perbuatan, hingga terserap nilai-nilai baik di dalam diri. Bukan teori sahaja.

Di sebalik aktiviti memasak

Kecil-kecil sudah suka memasak.

Nampak mudah, tetapi di sebalik aktiviti dapur ini tersimpan 1001 nilai yang tidak terungkap.

Sebelum makanan dimasak, pelajar-pelajar belajar tentang ilmu hisab.

Dari mana telur datang? Bagaimana beras dihasilkan? Bahan-bahan bukan datang terus dari pasaraya. Ada banyak kerja di belakang tabir.

Seterusnya, mulakan langkah dengan Bismillah. Mohon Allah berkati makanan yang disediakan.

Tema pembelajaran berkait makanan, sering menghiburkan. Tuan Muda dan Cikpuan Muda teruja mencuba pengalaman baru.

Belek bahan-bahan yang ada, menghidu aroma makanan dan minuman yang dimasak bersama.

Belajar mengurus diri.

Selain merangsang 5 deria rasa, anak-anak kecil ini diajar bekerjasama.

Sungguhpun hanya eksperimentasi mudah dilakukan bersama Tuan Muda dan Cikpuan Muda, seperti membuat sandwich, burger, dan jus air, ianya umpama ahli kimia sedang membuat eksperimen di makmal sains bagi mereka. Ya, ianya adalah kerja serius bagi anak-anak muda ini.

Dan akhirnya, setelah sabar berusaha, di hujung kelas anak-anak merasa hasil tangan mereka sendiri.

Ia adalah kejayaan diri yang amat membanggakan. Ia adalah peluang yang amat berharga.

Sayang ibu bapa

Sambutan hari jadi Dani.

“Sekarang Dani selalu terangkan dan memuji bila dia ungkapkan kata-kata sayang ummi,” sambung Puan Hartini lagi.

“Saya memang selalu luahkan rasa sayang pada anak-anak dan ajar anak-anak luahkan perasaan mereka.”

“Tetapi sekarang lain. Apabila Dani luahkan rasa sayang, mesti dia akan terangkan.”

“Dani saaaayang ummi sebab ummi pandai masak, pandai itu… pandai ini…,” kata Dani.

“Banyak pula sebabnya. Kadang-kadang rasa sweet. Kadang-kadang rasa nak menangis sebab touching,” Puan Hartini menambah cerita.

Selain bijak berkata-kata, pelajar-pelajar ABS diajar pandai mengurus diri.

Kami ceria berbakti

Tuan Muda belajar melipat baju.

“Eni, angkat jemuran. Hujan nak turun…”

Itulah dialog dari filem lagenda P. Ramlee yang tidak asing lagi buat kita.

Ada apa dengan jemuran itu?

Seawal usia, anak-anak yang dididik untuk membantu kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur, melipat dan menyusun pakaian mereka, sebenarnya sedang mempelajari sesuatu yang lebih dalam.

Motor-motor halus dirangsang. Jari jemari kecil diperkenalkan kepada fabrik-fabrik berbeza seperti sutera, kapas, crepe dan banyak lagi.

Setiap jenis fabrik punya cara untuk dibasuh dan dijaga dengan teliti.

Ia sesuatu yang baru buat anak kecil kita. Ajar sahaja mereka dari kecil. Mereka mampu menghadam ilmu itu. Usah pandang rendah dengan kemampuan mereka.

Setiap aktiviti pakaian daripada membasuh, menjemur dan melipat memerlukan langkah-langkah berbeza, dan ini merangsang minda suci anak-anak untuk berfikir secara logikal dan kritis. Terasa seperti seorang detektif sedang menyelesaikan misteri.

Hari sukan Tadika ABS.

Apabila mereka tahu akan penat suatu proses kitaran mendapat pakaian bersih itu berlaku, mereka akan lebih berhati-hati untuk mengotorkan pakaian mereka sendiri.

Pakaian itu pelindung kita hari-hari. Tanggungjawab menjaga baju, bukan setakat milik ibu, tetapi menjadi milik bersama.

Atas inisiatif itu jugalah, permainan sambil belajar sukan Tadika A.B.S tahun 2016 melibatkan pakaian sebagai salah satu ujian untuk Tuan Muda dan Cikpuan Muda lulus dan menang mendapat hadiah yang disediakan.

Ini cara inovatif Tadika ABS untuk membantu meringankan beban ibu bapa di rumah. Ceria berbakti, itulah dia anak-anak tadika ABS!

Ilmu alam natural

Mamalia, reptilia, mari mengenal dunia.

Tema haiwan adalah satu cara mendekatkan pelajar-pelajar dengan alam natural atau alami.

Ia adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh Tuan Muda dan Cikpuan Muda di Rangkaian Tadika ABS.

Ada 4 sub-topik yang ditekankan pada bulan kesedaran haiwan iaitu:

1. Haiwan ternakan
2. Haiwan liar
3. Hidupan laut
4. Haiwan peliharaan saya

Namun, pembelajaran tidak terhad kepada sub-topik yang diberikan sahaja. Ramai tenaga pengajar yang mengajar lebih daripada itu.

Ada yang cukup kreatif untuk membuat pameran haiwan di tadika sendiri, ada yang membawa Tuan Muda dan Cikpuan Muda keluar ke zoo berhampiran, ada juga yang membuat aktiviti seni berkaitan haiwan.

Melihat haiwan merangkak, mengesot, melompat dan berjalan membuatkan mereka berfikir tentang kebesaran Ilahi.

Memberi haiwan makan adalah pengalaman baru yang mengujakan!

Siapa pula yang mampu mencipta haiwan sedemikian selain Allah yang Maha berkuasa.

Budaya berfikir inilah yang cuba diterapkankan melalui pembelajaran si kecil di semua Rangkaian Tadika ABS di seluruh Malaysia.

Setakat hari ini, impaknya terhadap anak-anak amat luar biasa.

Sesungguhnya, dunia haiwan terlalu luas dan menarik!

Kata Puan Hartini lagi

Pembelajaran bilik darjah yang menyeronokkan.

Puan Hartini menyambung perbualan.

“Sekarang Dani mudah faham dan suka bercerita.”

“Kalau dahulu saya kena bertanya untuk Dani bercakap, tetapi sekarang belum sempat bertanya, awal-awal lagi diceritanya perkara-perkara menarik yang terjadi di tadika. Ayatnya lengkap, sebutannya fasih.”

“Dani juga tidak lokek berkongsi. Sebagai abang sulung, saya rasa sikap ini sangat penting untuk sahsiahnya.”

“Dahulu Dani tidak pandai berkongsi, suka berebut dan akhirnya bergaduh atau merajuk. Tetapi sekarang, apabila beli sesuatu, dia mesti ingatkan saya atau abahnya untuk belikan untuk adiknya sekali.

“Jika bermain atau tonton video di handphone, tentu diajaknya adik-adik atau kawan-kawan sekali. Subhanallah.”

Kelab Araf

Bagai bermain jual beli.

Suka berkongsi, adalah satu nilai yang diajar di dalam Kelab Araf, iaitu komponen pembelajaran keusahawanan di Rangkaian Tadika ABS.

Apabila berkata tentang keusahawanan, ramai juga ibu bapa terperanjat, katanya, “Saya bukannya mahu jadikan anak saya peniaga.”

Tetapi di sebalik itu, terdapat nilai-nilai positif yang boleh diambil, tidak kira sama ada anak-anak menjadi doktor, peguam, usahawan atau saintis kelak.

Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui aktiviti Kelab Araf:

1. Kemahiran membuat keputusan & penyelesaian masalah

Antara konsep yang ditekankan dalam aktiviti Kelab ARAF adalah membezakan kehendak dan keperluan.

Dengan menggunakan katalog pasar raya, mereka dilatih memilih antara kehendak dan keperluan.

Mereka juga dibawa ke pasar raya atau kedai runcit berhampiran bagi menjalani amali konsep yang dipelajari.

Sekiranya tidak dibawa keluar, guru-guru akan membawa contoh barang-barang sebenar kehendak dan keperluan untuk melatih mereka membezakan kedua perkara ini.

Dalam situasi ini, anak-anak akan belajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2. Kemahiran negosiasi & bertolak ansur

Menelusuri sejarah wang, aktiviti sistem barter dibuat sebagai salah satu cara melatih mereka berunding.

Apabila kedua belah pihak bersetuju, maka barang kepunyaan masing-masing akan bertukar tangan.

Melihat wajah masing-masing yang tersenyum riang apabila berjaya menukarkan apa yang ada di tangan dengan apa yang diingini, ia petanda baik ilmu yang diajarkan guru dapat diserap ke dalam diri mereka.

3. Kemahiran kolaborasi & bekerja dalam kumpulan

Aktiviti yang disusun dalam 11 topik Kelab ARAF ini menekankan konsep kerjasama di dalam kumpulan.

Simulasi jualan contohnya dibuat dengan menghasilkan kuih raya sendiri.

Mereka bekerjasama untuk menghasilkan kuih raya yang sedap untuk dijual kepada orang ramai atau kepada ibu bapa sendiri.

Ibu bapa juga sangat seronok dan menyokong aktiviti ini.

Konsep mencari rezeki ini memberikan gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya usaha yang berterusan serta sentiasa yakin kepada Allah, Maha Pemberi Rezeki.

4. Kemahiran kepimpinan & berdikari

Semakin lama mereka mengikuti aktiviti yang dijalankan setiap minggu, semakin terserlah sifat kepimpinan dan boleh menjalankan aktiviti dengan arahan yang minimum.

5. Komunikasi Berhemah

Bahasa Melayu Tinggi yang merupakan budaya di Tadika A.B.S menambah lagi kekuatan apabila program Kelab ARAF dijalankan.

Anak-anak di Tadika A.B.S membahasakan diri dan pelanggan dengan panggilan yang mulia dan terhormat. Pelanggan rasa suka dan dihargai.

Ia refleksi kepada keseluruhan imej negara suatu hari nanti. Rakyat Malaysia, rakyat yang berbudaya tinggi.

6. Pintar Matematik

Dalam belajar berniaga, matematik bukan lagi kira-kira satu dua tiga dan sekadar lagu yang perlu dihafal sahaja. Ia menjadi signifikan kerana ada untung rugi yang perlu mereka ambil kira di situ.

7. Seronok Bersedekah

Antara topik yang diperkenalkan adalah kelebihan infak, sedekah dan zakat. Topik ini diperkukuh dengan aktiviti luar kelas seperti ‘Kurma Ventures‘. Mereka gembira memberikan kurma sebagai tanda terima kasih dan bersedekah dengan kurma yang manis.

Berseronok dengan wang, bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri, malah untuk menjadi seorang Jutawan dan Hartawan Budiman sebagaimana Saidina Abdul Rahman bin Auf.

Penutup

Dani dan adiknya, Hadif. Kini Dani sudah bersekolah rendah, dan Hadif pula sedang belajar di Tadika ABS.

Sebagai penutup, ini kata Puan Hartini.

“Sebagai ibu, tak dapat saya ungkapkan betapa bersyukurnya saya dengan perkembangan Dani.”

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya memilih Tadika ABS yang telah membantu membentuk dan memberikan pendidikan awal yang terbaik untuk anak saya.”

“Terima kasih tak terhingga buat Puan Wan dan cikgu-cikgu Tadika ABS Pengkalan Chepa (Panchor, Kemumin) yang sangat memahami. Insya Allah, ada rezeki saya tak akan teragak-agak untuk menghantar adik-adik Dani ke Tadika ABS nanti.”

Kenali lebih lanjut tentang Rangkaian Tadika ABS dalam 2 artikel ini juga: Tidak Sangka, Kecil-Kecil Pun Sudah Begini dan Kenapa Kecil-Kecil Lagi, Anak Ini Sudah Diajar Nilai Berdikari Dan Keusahawanan.

Sertai Tadika ABS yang memiliki 75 cawangan di seluruh negara.

Hubungi 011 1323 2239 (WhatsApp) atau layari laman web Tadika ABS dan Facebook Page Tadika ABS untuk maklumat lebih lanjut.