Semalam, selepas pulang dari klinik, saya bawa anakanda, Cikpuan Muda Syuhada, ke kedai untuk membeli penyangkut baju.

Di kedai itu terdapat beberapa jenis permainan dan barangan lain.

Saya bertanya pada Cikpuan Muda Syuhada jikalau dia berminat membeli permainan.

Lalu beliau menjawab tak payah beli. Cikgu kata tak perlu. Beli yang perlu sahaja.

Cik Puan Muda Syuhada’

Selepas cakap begitu, semua barang yang saya sentuh dan tengok dia kata tak payah beli, itu tak perlulah Mama.

Tiba-tiba beliau ternampak satu jenis permainan, senapang air.

Beliau pun berkata, “Ha, yang ni kena beli sebab ini perlu. Syuhada’ belum ada lagi tembak-tembak air macam ni.”

Cikpuan Muda Syuhada yang berusia 5 tahun adalah anak kepada Puan Anisa Sorga.

Melalui Kelab Usahawan ‘ARAF di Rangkaian Tadika ABS, Cikpuan Syuhada belajar tentang menguruskan diri dan wang.

Ini termasuklah kemahiran asas mengendalikan kemahuan diri sendiri, menangguhkan kepuasan, memahami keperluan dan kehendak, dan nilai wang.

4 Sendi Kelab Araf

Diajar nilai duit dan nilai keusahawanan.
Anak-anak diajar membuat aktiviti menyeronokkan bersama duit.

4 sendi Kelab Araf adalah:

1. Sedikit tetapi untung
2. Banyak infak
3. Usaha berterusan
4. Yakin kepada Allah

Nilai keusahawanan

Belajar jual beli.

Bermain sambil berlatih memanggil rakan-rakan dengan panggilan mulia, Tuan Muda dan Cikpuan Muda.

Seronok belajar, bina nilai keusahawanan dalam suasana budaya santun.

“Nilai keusahawanan? Nak latih jadi usahawan ke cikgu?”

Nilai keusahawanan ni bermaksud, melatih anak-anak :

1. Berfikiran kreatif dan inovatif
2. Sentiasa memperjuangkan kebenaran
3. Menghormati orang lain
4. Berintegriti
5. Sentiasa ingin membantu orang
6. Bekerjasama,

Dan banyak lagi nilai-nilai murni yang menjadi bekalan anak-anak di masa hadapan. Semasa kita mungkin sudah tiada lagi di sisi mereka.

Secara ringkasnya, anak-anak diajar untuk hidup secara kreatif dalam menghadapi cabaran masa hadapan yang penuh dengan ketidaktentuan.

Penerapan

Anak diajar berniaga di khalayak umum.

Modul keusahawanan diterapkan melalui pembelajaran Kelab ARAF.

Di Tadika A.B.S kami menekankan iman sebelum tulis dan baca.

Anak-anak diterapkan agar:

1. Jangan takut selain Allah
2. Jangan minta selain daripada Allah
3. Jangan sembah selain Allah

Guru-guru dilatih mengamalkan teknik mendorong tingkah laku positif dengan membanyakkan pujian ke atas usaha dan hasil kerja.

Siapa yang bangun pagi tadi gosok gigi? Siapa yang sebelum ke sekolah bersalam dengan ayah ibu? Siapa yang masuk ke tadika susun kasut?

Siapa yang melakukan semua yang cikgu sebut, Allah dan Nabi sayang. Malaikat berebut-rebut mendoakan tuan muda dan cikpuan muda.

Emosi pelajar dijaga agar mereka membesar dengan suasana positif. Bukankah itu yang kita mahukan buat anak-anak kita? Anak yang sihat di luar dan dalam.

Apabila anak-anak seronok, mudahlah guru-guru mengajarkan kemahiran 4M membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Tabung

Tabung pelbagai bentuk dan warna.
Bercerita tentang tabung masing-masing.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Anak-anak seawal usia 4 tahun mungkin tidak mengetahui nilai wang. Apa yang dapat dibeli dengan RM1, kuih tiga biji atau alat permainan.

Aktiviti menabung memupuk nilai kesabaran dan nilai berjimat, menunggu RM1 bertambah menjadi RM10 dan mungkin menjadi RM100.

Semuanya bermula dalam diri anak-anak, rajin menabung, bertambah untung.

Anak-anak bercerita tentang tabung masing-masing. Dalam pelbagai bentuk dan warna.

Teruja para pelajar hadir ke sekolah pada pagi ini bersama tabung masing-masing.

Apabila mereka berseronok, mereka belajar.

Sistem Barter

Sistem barter, bertukar ayam dan buah.

Tuan Muda melakukan simulasi sistem barter dengan bimbingan guru. Di sini, Tuan Muda dan Cikpuan muda diajar berdialog ketika melakukan simulasi tersebut.

Tuan Muda Harraz : Boleh saya tukar ubi kayu saya dengan beras awak?

Cikpuan Muda Eryna : Boleh.

(Telah berlaku sistem barter.)

Tuan Muda Wafi : Boleh saya tukar beras saya dengan kambing awak?

Cikpuan Muda Fathiyyah : Tidak boleh sebab saya sayang kambing saya.
(Sistem barter tidak berlaku.)

Merasa Hasil Sendiri

Tuan Muda dan Cikpuan Muda diberi peluang merasai pengalaman menjual hasil kraf buatan mereka sendiri.

Duit hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung masing-masing.

Berniaga Nasi Lemak

Pelajar-pelajar diberi pendedahan dari awal cara membuat nasi lemak, cara membungkus sehinggalah kepada cara hendak menjualnya.

Terdengar Tuan Muda Hadi berkata, “Seronoknya jual nasi lemak, nanti dapat duit boleh masuk tabung”.

Rangkaian Tadika ABS menawarkan Modul Keusahawanan KELAB ‘ARAF di mana kanak-kanak seawal 4 tahun didedahkan tentang wang dan bisnes.

Ini adalah antara usaha mempersiapkan Tuan Muda & Cik Puan Muda menghadapi masa hadapan mereka.

Pelajar-pelajar dilatih:

1. Adab berjual beli
2. Akad jual beli (saya jual, saya beli)
3. Ayat sopan ketika melayan pelanggan

Sambil buat, guru akan terus ‘prompt’ sama ada secara fizikal dengan membantu penjual cilik mengepit makanan bagi yang belum mahir. Bagi yang masih menggunakan bahasa pasar, guru akan terus menunjukkan contoh.

“Mari beli mari beli, Tuan nak beli apa”, kata Cikgu Salwa.

“Kalau perempuan, sebutlah Puan”, kata Cikpuan Muda Iyman yang sudah bersekolah di sini sejak 4 tahun.

Bijak berfikir

Anak diajar berdikari sejak kecil.

Beberapa hari lalu, saya bawa balik buku-buku Upin Ipin yang belum ada di pasaran. Saya tahu anak saya Cik Puan Muda Damia pasti suka.

Kelmarin, ikutilah perbualan dalam kereta semasa mengambilnya pulang dari sekolah.

Damia : Ibu, Damia tunjuk buku tu pada kawan-kawan dalam kelas. Ada yang nak. Jadi Damia ambil nama mereka beserta nombor telefon ibu mereka. Nombor ibu Damia beri pada mereka untuk ibu mereka telefon ibu. Sudah ada 3 set yang mereka nak. Tapi mereka tidak boleh buat keputusan. Jadi bolehkah ibu tolong telefon ibu mereka maklumkan.

Sambil menyerahkan kertas yang tertulis nama dan nombor telefon kawan-kawannya.

Mula-mula saya dengar tapi tak sangka dia serius apabila malam ini ada ibu yang mesej saya bertanyakan buku itu.

Kesimpulan

Sedangkan hari ini juga kita sudah melihat kepentingan mempunyai nilai-nilai keusahawanan, inikan pula untuk generasi anak-anak kita.

Walaupun tidak menjadi usahawan, nilai-nilai murni yang dipelajari bakal melengkap anak-anak kecil yang bakal menjadi pelapis doktor, guru, peguam dan pemimpin masa hadapan.

Sertai Tadika ABS yang memiliki 75 cawangan di seluruh negara. Layari laman web Tadika ABS, FB Tadika ABS atau hubungi 011 1323 2239 melalui WhatsApp untuk maklumat lebih lanjut.

Baca juga bagaimana Tadika ABS menyemai Budaya dan Bahasa Melayu Tinggi dalam artikel ini.