Melihat video penerangan berikut yang dilakukan oleh Takaharu Tezuka di TEDxKyoto, arkitek yang bertanggung jawab ke atas seni bina tadika di Tokyo ini buat kami berharap agar idea ini juga boleh di realisasikan di Malaysia.

Menurut Takaharu, kanak-kanak gemar berlari dalam bulatan, oleh itu jangan kongkong mereka dan usah terlalu melindungi anak-anak. Kanak-kanak perlu dibiarkan sekali sekala jatuh dan rasa sakit kerana ini akan mengajar mereka untuk berjuang dalam hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahagian bumbung tadika sengaja direka untuk dijadikan tempat kanak-kanak bebas berlari dan memanjat pokok dalam suasana menyeronokkan. Manakala tingkap pula sengaja dijadikan tempat untuk kanak-kanak mengendap dan mengintai dari atas.

Kita ikuti penerangan Takaharu Tezuka ini tentang bagaimana beliau menggabungkan seni bina arkitek dan psikologi keibu-bapaan sewaktu mereka bentuk tadika ini.

Achitecture is capable in changing this world, life of the people and life of the childrens – Takaharu Tezuka.

BACA: Tadika Ini Berkembang Daripada 1 Ke 83 Rangkaian Dalam Masa 14 Bulan Dan Bagaimana Mereka Bermula?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram