Ikon jam tangan Monaco, TAG Heuer yang bakal menyambut ulang tahun ke-50 beliau tidak lama lagi nampaknya bakal mengeluarkan sebuah jam tangan khas bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau.

Model yang bakal dilancarkan ini juga bakal diperkenalkan bersama sebuah buku yang didatangkan sekali. Buku yang dimaksudkan adalah Superstar Paradoxical yang akan mendedahkan populariti Monaco di kalangan peminat jam dan kejayaan jam tangan tersebut yang menentang spekulasi umum yang menganggap jam tangan tersebut merupakan jam tangan sukan pada suatu ketika dahulu.

https___hypebeast.com_image_2019_03_tag-heuer-monaco-50th-anniversary-watch-02

Buku Superstar Paradoks ini juga akan mengandungi gambar dan lakaran jam tangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini bersama dengan beberapa kisah khas yang ditulis oleh pemilik-pemilik Monaco yang terkenal dan pengantar khas oleh H.S.H Prince Albert II dari Monaco.

Model edisi terhad ini bakal didatangkan bersama kotak jam tangan segi empat, muka jam yang berwarna biru, jarum detiknya yang berwarna merah dan biru dan butang suis untuk penetapan waktu.

https://www.instagram.com/p/BuilnNKja6o/

Bukan sahaja ikon Monaco yang berada di dunia jam ini, akan tetapi TAG Heuer Monaco juga terkenal dalam perlumbaan automotif, hasil popularitinya daripada watak Steve McQueen di dalam filem 70-an Le Mans.

Buku yang berjudul Superstar Paradoks dan jam tangan edisi terhad Monaco ini bakal berada di setiap cawangan jam tangan TAG Heuer serta turut boleh dibeli secara atas talian bermula Mei ini.

https___hypebeast.com_image_2019_03_tag-heuer-monaco-50th-anniversary-watch-01

https___hypebeast.com_image_2019_03_tag-heuer-monaco-50th-anniversary-watch-03