Nak rasa seperti salah seorang agen Kingsman sebenar? Anda mungkin boleh beli jam tangan edisi khas ini. Sempena Kingsman 2: The Golden Circle yang akan berada di pawagam bulan September ini, TAG Heuer berkolaborasi dengan filem Kingsman untuk model Tag Heuer Connected Modular 45.

Berbeza dengan jam TAG biasa, TAG Heuer Connected ini merupakan jam tangan Android, di mana permukaan jam tangan ini mempunyai skrin sentuh sama konsep seperti Apple Watch. Jam TAG ini akan dipakai oleh agen dalam Kingsman 2 dalam melaksanakan misi mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini antara spesifikasi Jam TAG Heuer Connected Modular 45; badan jam ini diperbuat daripada besi titanium dan seramik, kalis air, Bluetooth dan WiFi untuk Android Wear 2.0 dijanakan Intel Processor. Jam ini juga akan didatangkan dengan dua strap kulip berwarna coklat dan jingga yang boleh ditukar jika mahu.

https://www.youtube.com/watch?v=DUMNxTCB4Ek

TAG Heuer Connected Modular ini sudah boleh dibeli di laman Mr.Porter pada harga jualan USD3,650 (lebih kurang RM15,500). Sebagai perbandingan, harga Tag Heuer Connected edisi biasa beharga USD2,300. Harganya meningkat hampir dua kali ganda untuk edisi Kingsman ini.

Buat pengumpul tegar jam tangan mewah, jam ini mungkin sesuatu yang akan berada dalam koleksi mereka. Siap ada engraving logo Kingsman lagi di belakangnya. Memang bergaya. Jam ini akan mula dijual di butik TAG seluruh dunia bermula bulan hadapan. Nak bergaya seperti seorang agen, mestilah kena invest lebih kan?

Kingsman 3

Kingsman2

Sumber