Pada hari Jumaat terakhir tahun 2021 baru-baru ini, dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang di persimpangan empat berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju Seksyen 2.

Insiden yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Honda Civic terbabit telah dirakam oleh dashcam milik satu lagi pengguna jalan raya yang berada di belakang kedua-dua kenderaan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden tersebut telah menarik perhatian warganet yang berasa terkejut dan kecut perut apabila melihat pokok di tepi jalan itu tumbang secara tiba-tiba, lalu menghempap dua kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat merah.

 

Tambah orang ramai lagi, nasib baik pemandu Myvi itu menggerakkan keretanya kehadapan sedikit, jika tidak sudah pasti pokok tersebut akan jatuh mengenai bahagian cermin hadapan dan boleh mencederakan penumpang di dalamnya.

Netizen juga berkongsi pendapat bahawa amat penting ketika waktu ini mendapatkan Perlindungan Tambahan Peril Khas di dalam insurans bagi membantu diri sendiri mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan pelbagai lagi.

Pada masa yang sama, orang ramai juga memuji ‘ketahanan’ model Perodua Myvi terbabit yang kelihatan masih utuh walaupun kereta hatchback itu dihempap batang pokok besar.

https://twitter.com/Nangbungnang/status/1478420125036400647?s=20

Memetik laporan Sinar Harian, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi. Pihaknya bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tambah pihak JPBM lagi, tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang. Pokok tersebut tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.

Kejadian banjir yang berlaku pada Disember tahun lalu telah mengumpul tuntutan insurans sehingga RM3 bilion. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion

Kerajaan Beri Baucar RM1,000 Untuk Mangsa Banjir Baik Pulih Atau Ganti Kenderaan