free-gif

Jika anda dibesarkan dalam keluarga yang ramai mesti anda sudah biasa mendapat barang peninggalan abang atau kakak sekalian? Seronok bila dapat barang percuma!

Tapi yang tak seronoknya bila laptop pun anda dapat yang sudah dipakai, tak boleh guna untuk jangka masa panjang pulak tu! Terpaksalah kumpul duit untuk beli yang baru.

mad-gif

Sebelum membuat pembelian, penting untuk anda pertimbangkan 3 benda ni dulu. Pertama sekali, tahap ketahanan bateri. Kedua, seberapa laju ia boleh memproses data dan dalam masa 3 tahun lagi, laptop berkenaan masih berfungsi dengan baik atau bakal menjadi hiasan purba sahaja dekat rumah?

Biasanya proses pemilihan laptop lebih mudah kalau anda ada bajet yang banyak. Namun, agak sukar sekiranya anda hanya mampu untuk membelanjakan sekitar RM4000 dan ke bawah bagi sesebuah laptop tanpa perlu mengorbankan beberapa spesifikasi penting.

Tetapi..

Jangan stress sebab sekarang sudah ada HUAWEI MateBook 14! Si elegan dengan tahap prestasi yang hebat!

huawei-matebook-14 (1)

1. Prestasi chipset yang jauh lebih hebat berbanding komputer riba lain dengan harga yang sama

Kalau anda perasan, kebanyakan laptop yang digunakan untuk bermain game atau kerja-kerja penyuntingan video adalah jauh lebih mahal dan berat betul tak? Ini kerana ia dilengkapi dengan chipset berprestasi tinggi. Sementara kebanyakan laptop yang digunakan untuk kegunaan biasa di pejabat adalah lebih ringan dan nipis.

unnamed

Bagaimanapun, Huawei kini tampil selangkah kehadapan dengan memperkenalkan komputer riba ultra-mudah-alih pertama dilengkapi dengan chipset beprestasi tinggi setanding apa yang digunakan untuk gaming laptop. Malah, ia juga didatangkan bersama AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor dan 16gb RAM! Hebat!

Sekarang anda tak perlu risau dah bila perlu berhadapan dengan kerja yang melibatkan gambar, video berskala besar, lukisan kejuruteraan mahupun permainan video 4A. Semuanya akan lebih lancar dengan HUAWEI The MateBook 14.

Ohh markah bonus! Sebab ia juga mempunyai dua kipas HUAWEI Shark Fin, ia merupakan sistem peleraian haba yang pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi bising yang boleh mengganggu fokus anda ketika bekerja. Fuhh dahsyat betul!

2. Satu-satunya laptop dengan paparan 2K FullView dengan harga yang berpatutan

Screenshot-2020-10-26-at-10.30.15-AM

HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya laptop seumpamanya yang mempunyai skrin sentuh penuh beresolusi 2K. Tak kisahlah sama ada anda menggunakan ia untuk menyunting gambar atau hanya menonton filem, semua ni akan jadi lebih jelas dengan resolusi paparan 2K FullView.

HUAWEI MateBook 14 juga membolehkan lebih banyak teks dipaparkan apabila anda menggunakan perisian pejabat dengan aspek nisbah 3:2. Selain itu, skrin HUAWEI MateBook 14 telah diiktiraf selamat oleh TÜV Rheinland kerana kebolehannya untuk mengurangkan bahaya blue light bagi melindungi mata anda.

3. Huawei Share – Telefon pintar dan PC kini boleh disatukan!

Screenshot-2020-10-26-at-8.54.29-AM

Pernah tak anda sibuk sangat bekerja sampai tak perasan ada panggilan penting masuk ke telefon? Haa workaholics mesti selalu macam ini kan? Tapi sekarang dengan aplikasi Huawei Share anda boleh jawab panggilan secara langsung daripada laptop tanpa memerlukan sebarang kabel. Malah, anda juga boleh mengemas kini semua jenis fail dalam telefon pintar anda melalui laptop. Weh cool kan!

4. Power button yang memang power! Hanya perlu gunakan imbasan cap jari!

Screenshot-2020-10-26-at-9.00.17-AM

Siapa lagi yang rasa renyah bila kena masukkan kata laluan setiap kali nak hidupkan laptop? Dengan HUAWEI MateBook 14 semua itu sudah tidak diperlukan lagi! Sebab ia dilengkapi dengan pegimbas cap jari pada butang ‘Power’nya. Lebih cepat dan mudah!

5. Hanya perlu satu pengecas untuk laptop dan juga telefon pintar!

Screenshot-2020-10-26-at-8.56.00-AM

Pengecas poket HUAWEI MateBook 14 betul-betul boleh dimuatkan dalam poket anda tau! Kecil dan mudah di bawa kesana-sini. Paling best pengecas ini juga boleh digunakan untuk peranti Huawei yang lain seperti tablet dan telefon pintar. Tak payah dah korang nak sumbat banyak-banyak kabel dalam beg lepas ni.

6. Reka bentuk elegan untuk anda yang mahu tampil bergaya!

Screenshot-2020-10-26-at-9.13.16-AM

Mahukan laptop yang cantik atau ada spesifikasi hebat? Dengan HUAWEI MateBook 14 anda boleh dapat kedua-duanya sekali! Sebab ianya direka secara minimalis dengan perincian yang sempurna. Hadir dalam warna Space Grey, ia juga dilengkapi dengan badan yang diperbuat daripada aluminium berketahanan tinggi yang tahan lasak.

Spesifikasi saiz

-1.49 Kg (berat)
-14 inci (lebar)
-15.9mm (tebal)

Macamana, puas hati tak dengan spesifikasi HUAWEI MateBook 14 yang sangat berkuasa ini ni? Memang inilah laptop yang anda perlukan. Harga murah, spesifikasi mantap. Tak ada alasan dah kenapa HUAWEI MateBook 14 bukan pilihan yang unggul.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai HUAWEI MateBook 14, anda boleh terus ke laman web rasmi HUAWEI di sini.

huawei

Baca juga perkongsian lain kami mengenai Huawei Matebook 14 sebelum ini melalui pautan di bawah.

HUAWEI MateBook 14 Dibuka Untuk Tempahan Awal Mulai 26 Oktober Ini

3 Sebab Untuk Anda Beralih Ke HUAWEI MateBook 14 Yang Serba Lengkap

HUAWEI FreeBuds Studio, Fon Kepala Penuh Penggayaan Dengan Pembatalan Hingar Aktif