Beberapa hari ini tular sebuah ciapan yang mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri yang didapati bersalah menyeleweng dana rakyat Malaysia mendapat layanan istimewa oleh agensi kerajaan.

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa dia ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Baca Juga:

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan beliau menyatakan bahawa ini satu prosedure biasa yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada banduan.

Bagaimanapun kenyataan Khairy dibidas oleh sesetengah netizen. Ada yang mendakwa bahawa ini bukan prosedure biasa, tetapi sebenarnya adalah layanan istimewa kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

“Standard procedure apa? Tahanan reman nak inhaler pun polis tak bagi masuk lokap. Pad wanita pun taknak bagi. Pergi mahkamah semula pakai seluar darah period. Standard procedure apa rakyat biasa kena treat like this when they need the medical attention? Gila,” kata Habel Edward di akaun Twitter miliknya.

Selain itu, pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Aliff Naif turut berkongsi pengalaman beliau dilayan oleh polis semasa ditahan sementara menunggu wang jaminan dibayar, “Pasal tahanan tak dapat inhaler tu betul hahaha. Masa aku dalam lokap tempoh hari, air ventilation dia tak berapa elok. Aku pun nak start kena asthma attack. Inhaler aku dalam bag dekat court. Minta inhaler kena marah. Nasib ada tahanan dengan aku yang baik offer inhaler dia.”

Tambahan daripada itu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata bahawa tulisan-tulisan di Facebook Najib tidak menggambarkan keadaan kesihatannya yang teruk. Beliau seperti mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada “merpati” di penjara.

Anak kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Razak itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang merupakan Perdana Menteri pertama yang dipenjara kerana menyeleweng duit rakyat Malaysia telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lepas dan dikatakan menghadapi masalah ulser perut dan darah tinggi.